
ANALISA GOLD MINGGU KE-1 SEPT 2025
Gold minggu lepas akhirnya closed sebagai bullish dan breakout zone sideways setelah berminggu-minggu ‘stuck’ di situ. Waktu ini bias atau sentimen kita adalah bullish dan trend adalah uptrend. Berdasarkan situasi ini, fokus utama adalah buy.
Long term buy dan short term adalah sell. Ini bermaksud sell pada retracement dan buy jika ia pullback di atas major support atau area RBS.
Analisa minggu lepas : https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-5-ogos-2025/
Sorotan Minggu Lalu – Fundamental Emas (XAU/USD)
1. Ekspektasi Pemangkasan Kadar Faedah AS
- Terdapat keyakinan tinggi pasaran — sekitar 86–88% — bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat September.
- Presiden Fed dan anggota kenyataan dovish mereka turut menyokong spekulasi ini, menambah momentum positif kepada harga emas.
2. Kelemahan USD
- Dollar AS (DXY) secara umumnya melemah berbanding minggu sebelumnya, menjadikan emas yang dihargai dalam USD lebih menarik bagi pelabur asing
3. Ketidaktentuan Politik / Isu Rizab Persekutuan
- Ketegangan politik—seperti tindakan Presiden Trump terhadap seorang Gabenor Fed—menimbulkan ketidaktentuan berkenaan kebebasan Fed, sekaligus memperkukuh permintaan terhadap aset selamat seperti emas Reuters.
4. Menanti Data Inflasi AS (PCE Index)
- Pasaran terus menantikan data inflasi PCE (indeks harga perbelanjaan peribadi), indikator utama Fed, sebagai penentu hala tuju polisi monetari selanjutnya
- Jika PCE menunjukkan inflasi stabil atau mereda, ini boleh menyokong lagi spekulasi pemangkasan kadar faedah.
5. Pergerakan Harga – Mixed, Tetapi Didukung Momentum Kenaikan
- Goldman sempat mencecah paras lebih tinggi (sekitar $3,420–$3,430/ons) sebelum sedikit koreksi akibat ‘profit-taking’
- Namun, secara keseluruhan minggu ini ditutup dengan jangkaan pemangkasan kadar, pelemahan USD, dan faktor geopolitik menjadi pemangkin kepada ketahanan kenaikan harga emas.
Ringkasan Ringkas
Faktor | Impak terhadap Emas (XAU/USD) |
---|---|
Ekspektasi pemangkasan kadar | Mendorong kenaikan harga |
Kelemahan USD | Memperkuat daya tarikan emas |
Ketidaktentuan politik | Aset selamat jadi pilihan |
Data inflasi PCE | Penentu seterusnya, dipantau erat |
Profit-taking & volatility | Pergerakan berombak, tetapi bullish stay |
Kesimpulan
Secara fundamental, minggu lalu memperlihatkan keadaan yang amat menyokong emas (bullish) — didorong oleh gabungan:
- Harapan pemangkasan kadar
- Dolar AS yang lemah
- Faktor geopolitik / ketakutan risiko
- Pengawasan ketat terhadap data inflasi PCE
Semua ini menyumbang kepada sentimen pasaran yang positif terhadap emas, dan XAU/USD terus bergerak naik, dengan paras $3,400–$3,430 menjadi zon tumpuan utama.
XAUUSD 4H
Di H4 kita dapat lihat pergerakan trend minggu lepas yang bergerak trending naik hinggalah di sesi penutupan minggu lepas.
Ia melepasi ke semua major resistance yang menjadi plan selling kita pada minggu lepas. Ia membuat retracement kecil namun pada waktu news release jumaat lepas, ia kembali bullish ataupun uptrend.
Plan sell invalid dan plan buy kembali aktif.

Key support atau RBS penting adalah berikut;
- 3433.57
- 3419.75
- 3400.83
Entry buy akan dibuat pada area ini jika berlaku pullback selepas ia retrace. Untuk jangka pendek kita jangka ia akan membuat penurunan kemudian ia akan naik semula.
Akan tetapi untuk mudah, fokus buy sahaja. Ini akan memberikan kelebihan terutama ketika market bergerak tak menentu. Anda akan fokus buy dip sahaja dan abaikan semua potensi sell.
TIPS:
Anda boleh cari area buy low dengan menggunakan fibonacci retracement ataupun mencari area confluence dengan menambahkan trendline.
Pertembungan antara fibonacci retracement dan trendline adalah area confluence yang mempunyai potensi tinggi untuk reversal. Dalam masa yang sama risk anda adalah minima berdasarkan luar zon entry.
Di bawah adalah contoh setup yang dimaksudkan.

Area berpotensi tinggi(confluence) antara 61.8%, trendline uptrend dan marking RBS 3419.75.
Plan altenatif
Plan altenatif adalah sell. Plan ini akan activate jika price break semua marking line yang saya sudah berikan. Price break diikuti retest semula dan pullback mengikuti arah downtrend.
Ini adalah petanda bahawa trend gagal untuk meneruskan uptrend dan kembali reversal menjadi sell.
High jumaat lepas akan menjadi bull trap kepada buyers.

Area kritikal adalah di bawah 3400.00. Selagi price tidak memasuki zon ini, maka plan buy masih valid. Faktor lain yang boleh mendorong reversal ini adalah minggu hadapan adalah minggu NFP yang akan keluar pada jumaat sebelah malam(waktu Malaysia).
Sebarang news boleh lawati www.forexfactory.com
Akhir kata
Pastikan anda sudah subscribe ke channel telegram untuk dapatkan update terkini dari kami dan juga analisis-analisis pair lain.
Bagi yang mahu menyertai membership dan pelajari strategi yang lebih advance, bolehlah ke halaman ini >> https://cspro.pullbackforextrading.com/
Kami masih buka pendaftaran sebelum 01 november 2025 di mana umumnya penguatkuasaan undang-undang baru dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mungkin akan memberi kesan untuk sebarang promosi dari kami.
Sekian dahulu buat masa ini.
Terima kasih!
ADMIN
31/08/25
One Reply to “ANALISA GOLD MINGGU KE-1 SEPT 2025”
Comments are closed.