
ANALISA GOLD OGOS 2026 MINGGU KE-3
Gold minggu lepas ditutup sideways, tiada arah jelas naik atau turun. Price masih stuck di key major SNR berdasarkan structure D1. Untuk situasi ini masih perlu lebih masa confirmation untuk dapatkan entry terbaik.
Untuk analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-ogos-2026-minggu-ke-2/
XAUUSD D1
Di timeframe D1, candle D1 bersusun merata tanpa ada candle engulfing, menandakan trend sideways dan potensi kepada breakout dalam masa terdekat. Trend sideways ini mempunyai dua maksud dalam satu masa, iaitu;
- Ia petanda trend bakal naik jika break up high
- Petanda downtrend jika breakout low
Oleh itu lebih masa diperlukan untuk dapatkan arah sebenar di sini. Bagi yang FOMO dan mahu income harian, anda sedikit berisiko di sini kerana boleh jadi anda buy tapi trend turun dan anda sell trend akan naik pula. Bukan income harian dapat tapi kerugian harian pula yang datang.

Major key snr penting:
- Jika price naik, key resistance adalah 4533.88
- Jika turun, key support adalah 4200.00
Kedudukan price kini adalah umpama di pivot point atau kawasan neutral. Namun untuk sell, price perlulah drop sikit di bawah 4366.00. Dan untuk buy pula price perlu berada atas 4400.00
Update analisis akan menyusul di telegram seperti biasa. Teruskan pembelajaran anda dengan mengikuti kami di telegram rasmi kami di sini.
ADMIN
16/08/26

