
ANALISA GOLD MEI 2026 MINGGU PERTAMA
Gold minggu lepas ditutup sedikit bullish tapi masih dalam downtrend lagi. Berdasarkan stuktur trend masih downtrend dan juga trend semasa.
Secara keseluruhannya gold masih dalam sideways dan terperangkap di antara uptrend dan downtrend. Ini petanda jelas ia akan breakout dalam masa terdekat dan jika tiada halangan mungkin pada minggu hadapan.
Untuk analisa minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-april-2026-minggu-ke-5/
XAUUSD D1
Kita mulakan dengan analisa di D1. Di sini kita dapat lihat gold berada di antara resistance 4648.93 dan support 4500.00. Jika dilihat pada keadaan 4500.00, ia bias kepada uptrend. Tapi jika lihat pada kedudukan candle dan snr semasa pula, ia break dan pullback di bawah 4648.93. Jadi ke manakah trend nak pergi sebenarnya,
Naik atau turun??

Untuk berdepan situasi ini ada dua pilihan.
- Ikuti trend terdekat iaitu sell dan pastikan exit di atas support iaitu di 4500.00.
- Tunggu sehingga jelas.
Untuk tunggu dahulu sehingga trend jelas ke mana, ia memerlukan anda memantau dan mengabaikan sebarang potensi entry sehinggalah;
- Break atas 4648.93 dan fokus buy sahaja.
- Break low 4500.00 untuk downtrend dan fokus sell sahaja.
- Reject atas 4500.00 – memandangkan trend semasa adalah downtrend, oleh itu jika ia rejected atas 4500.00 maka trend masih cenderung untuk naik lagi.
Plan minggu hadapan
Plan atau strategi minggu hadapan adalah, …..tunggu dahulu dan lihat. Saya tak nampak ada keperluan untuk buy kecuali break high 4648.00 atau sell jika break bawah 4500.00.
Jadi, saya memilih untuk tunggu dan lihat dahulu. Ia lebih selamat dan lebih baik untuk elakkan atau minimakan kerugian yang tak perlu.
Update akan menyusul di telegram, pastikan sudah mengikuti kami di telegram rasmi kami!
ADMIN
03/05/26



