
ANALISA GOLD OKTOBER 2026 MINGGU KE-4
Secara keseluruhannya Gold masih downtrend. Jangkaan minggu lepas sell masih valid cuma tak trigger di kawasan harga sasaran. Gold juga masih dalam channel downtrend.
Untuk analisa minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-oktober-2026-minggu-ke-3/
Setakat ini bias masih lagi bearish dan trend masih downtrend selagi kekal dalam channel. Untuk mengesan perubahan trend, candle wajib breakout dan closed di luar channel dahulu diikuti dengan pembentukan structure uptrend.
XAUUSD H4
Kita mulakan di H4. Di sini kelihatan candle testing upper channel dan sedikit rejection berlaku. Jika lihat stuktur trend di sini lebih jelas kepada sideways.
Pergerakan sideways ini mempunyai dua maksud:
- Continuation trend dengan syarat ia respect channel atau rule utama SNR
- Perubahan trend jika breakout channel dan membentuk structure uptrend

Setakat ini strategi utama adalah SELL dan SL wajib berada di atas upper channel iaitu di area 4205.00. Jika entry sell dibuat dan candle break serta closed di atas 4205.00, wajib cutloss sell.
Untuk setakat ini, entry masih sell lagi dengan TP adalah di 4114.29. Break area TP, Harga dijangka akan turun lagi.
Bagi yang nak play safe, bolehlah pantau upper channel atau 4205.00. Bagi yang masih nak sell, tunggu sahaja retest semula ke upper channel dan entry sell jika candle signal terbentuk di H1, M30 atau M15.
Update akan menyusul di channel telegram rasmi kami.
ADMIN
18/10/26
