2 GOLONGAN TRADER DALAM PASARAN – KAPAL BESAR DAN KAPAL KECIL
Matlamat utama untuk mempelajari dan mengetahui semua ini adalah dengan harapan akan membantu anda menjadi trader yang lebih sabar dan berdisiplin. Pentingnya untuk faham akan sesuatu pergerakan dan pembentukan trend itu adalah agar tidaklah kita menjadi seorang yang tergopoh-gapah dalam membuat entry malah lebih teruk dari itu menjadi seorang yang struggle dengan emosinya sendiri dalam trading.
Terdapat dua golongan dalam pasaran ini. No.1 adalah yang terlebih dahulu menggerakkan pasaran dan No.2 adalah golongan yang bergantung dari golongan pertama yang mengerakkan pasaran.
Penafian : ini adalah pandangan peribadi penulis sahaja berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun dalam pasaran. Pendapat peribadi ini tidak seharusnya dijadikan nasihat pelaburan pembaca sekalian.
Golongan 1
Golongan ini akan mengerakan pasaran terlebih dahulu kemudian meninggalkan jejak mereka dalam bentuk pattern-pattern tertentu.
Golongan pertama ini adalah leading trader. Merekalah yang menggerakkan pasaran. Apabila sudah cukup masa sesuatu pergerakan tersebut, maka terbentuklah pattern-pattern tertentu yang akan dijadikan rujukan pada golongan kedua dalam pasaran untuk membuat entry.
Siapakah golongan pertama ini? Jawapannya adalah Bank besar, institusi pelaburan/hedge fund dan juga spekulator. Golongan ini mempunyai akses awal kepada data-data penting dan mereka akan menggerakan pasaran.
Golongan 2
Golongan ini akan mengambil data dari golongan pertama dan mentafsirkannya dalam bentuk entry samada buy ataupun sell. Ia akan dituliskan sebagai trading plan dan akan dilaksana dalam bentuk tindakan.
Golongan kedua ini bersifat lagging sedikit kerana bergantung apa yang akan dibuat oleh golongan pertama tadi.
Keadaan ini dipanggil sebagai ‘confirmation’ di mana golongan pertama akan memberikan confirmation pada sesuatu price level untuk menjadi entry point kepada golongan kedua ini.
Siapakah golongan kedua ini? – Jawapannya adalah golongan retail trader yang bergantung sepenuh pada chart teknikal. Biasanya dikenali sebagai price action trader, indicator trader mahupun trader yang menggunakan sepenuhnya robot untuk menguruskan akaun.
Kesemua ini bergantung apa yang sudah berlaku pada pasaran untuk membuat keputusan buy dan sell.
Fikirkan…
Daripada golongan 1 dan 2, kita boleh tafsirkan bahawa;
- Golongan 1 adalah umpama kapal besar
- Golongan ke-2 adalah umpama penumpang kapal besar/kapal kecil tumpang laluan kapal besar
Kapal besar akan bergerak di lautan yang berombak dan berbahaya untuk kapal kecil, maka, kapal kecil yang mahu selamat adalah dengan cara menumpang kapal besar…
Kapal besar ini akan membuat laluan dan kita hanya perlu ‘tumpang’ laluan kapal besar ini samada ikut sama-sama arahnya atau naik kapal besar ini sebagai penumpangnya. Saya akan ringkaskan kepada contoh di bawah;
Contoh untuk pemahaman…
Untuk memudahkan pemahaman pembaca, saya berikan contoh di atas. Berdasarkan gambar di atas, trend bergerak sideways dan nampak agak mustahil untuk membuat keputusan untuk buy ataupun sell. Dari keadaan di atas kita dapat simpulkan bahawa price kini menjejak di support area.
Pergerakan yang tak menentu ini amat bahaya bagi ‘kapal-kapal kecil..’ Oleh itu kita lihat apa kapal besar hendak buat terlebih dahulu..
Lukiskan satu garisan melintang sebagai support level. Seterusnya buy dan sell akan bergantung apa golongan pertama akan ‘buat’ dengan support level ini.
Ok selepas seketika, kita dapati ia ditembusi ataupun bahasa popularnya, breakout. Apabila sesuatu support ini ditembusi, maka ia adalah petanda price akan jatuh. Oleh itu dari sini kita sebagai golongan kedua dalam pasaran akan membuat keputusan sell berdasarkan situasi ini.
Kapal besar sudah memulakan perjalanannya. Oleh itu kita ‘tumpang’ sahaja perjalanan kapal besar ini.
Selepas breakout tersebut price jatuh 800 pips lebih.
Hasil dari ‘menumpang’ kapal ini kita pun dapat sekali manfaatnya iaitu kita mendapat profit besar.
Lihat lagi contoh lain.
Price bergerak uptrend. Adakah ia mampu untuk naik lagi atau akan reversal. Seperti biasa, kita tunggu dan biarkan golongan pertama buat arahnya dulu. Kita panggil sahaja mereka ini kapal besar yang hendak membuat laluan..
Price membuat penurunan tetapi membentuk chart pattern iaitu flag pattern. Ia adalah petanda kepada continuation trend. Oleh itu breakout akan menjadi confirmation untuk entry. Sila lukiskan pattern ini pada chart menggunakan trendline.
Okey kapal besar belum gerak lagi. Kita tunggu lagi..
Ok dah siap. Seterusnya tunggu lagi samada sudah boleh entry atau mungkin ia masih hendak turun lagi.
Breakout berlaku. Ini adalah confirmation yang ditunggu. Buy akan dibuat selepas candle ini closed. Ingat, false break boleh berlaku jika ia belum lagi bersedia untuk menyambung pergerakan arahnya.
Hah! Kapal besar sudah berlayar. Mari kita ikutinya.
Entry dibuat pada candle selepas candle ini closed.
Candle closed bullish selepas breakout. Candle berikutnya adalah candle entry.
Berikut saya berikan contoh entry berdasarkan reversal signal candle. Masih dengan kaedah yang sama iaitu, tunggu hingga ia terbentuk.
Trade buy ditutup apabila candle reversal terbentuk dipuncak dan di kawasan resistance. Kenaikan price mencecah lebih 305 pips.
Kapal besar selamat berlayar membawa kita sekali.. Hasilnya cukup berbaloi-baloi hanya dengan sabar menunggu dan mengambil peluang apabila ia ada. Kapal besar untung, penumpang pun untung juga.
Kesemua contoh diberikan adalah berdasarkan timeframe Daily. Oleh itu 1 candle memerlukan masa 1 hari untuk siap. Keputusan trade akan dibuat berdasarkan apa yang berlaku semalam dan hari-hari sebelumnya. Pergerakan pips juga besar memungkinkan anda menjana profit yang sangat banyak dalam keadaan santai dan tidak terlalu stress.
Dalam contoh kapal besar yang membuat laluan dan kapal kecil yang menumpang, bukankah lebih mudah jadi penumpang?
2 Tips utama untuk mengesan ‘kapal besar’ dalam pasaran
Pernah terfikir tak bila nak detect big trader a.k.a kapal-kapal besar ni dalam pasaran? Jika pernah terfikir maka saya ucapkan tahniah. Ini kerana anda sudah selangkah dari menjadi trader yang bijak.
Berikut dua tips penting untuk anda;
Tips 1.
Big trader trading di timeframe besar. – Trading di bank-bank besar melibatkan execution sejumlah order yang sangat besar dan adakalanya posisi itu dibuka untuk tempoh yang sangat lama hingga berbulan-bulan lamanya. Anda boleh lihat jika di timeframe Monthly dan Weekly berlaku kejatuhan besar-besaran dan trending naik atau turun dalam jarak yang sangat jauh sekali. Ini adalah antara timeframe terbaik untuk mengesan big trader ini membuat entry dan exit mereka.
Berdasarkan perbandingan timeframe weekly dan M5 di atas, yang manakah menurut anda lebih accurate dan lebih profitable?
Timeframe yang lebih besar lebih memberikan gambaran lebih besar atau big picture mengeni stuktur trend dan arah jangka panjang. Big trader tidak akan buang masa di timeframe kecil kerana ia hanya bagi gambar kecil untuk tempoh waktu singkat sahaja.
Tips 2.
Big trader meninggalkan ‘jejak’ – Hasil Entry dan Exit secara keseluruhan dalam suatu tempoh masa akan meninggalkan jejak dalam bentuk bullish dan bearish candlestick pattern di timeframe yang lebih besar seperti timeframe D1, Weekly dan Monthly. Candle-candle pattern ini pula akan jadi panduan kepada arah seterusnya pula, digunakan oleh big trader dan majoriti trader lain yang melihat ia sebagai suatu signal atau petanda trend mahu jatuh lagi ataupun naik lagi mahupun sudah mahu bertukar arah.
Perhatikan timeframe M5 di mana terdapatnya banyak signal. Mungkin anda akan bernasib baik jika kebetulan anda buka chart dan anda entry pada candle yang betul-betul turun berbanding anda buka waktu chart anda sedang memberikan 2 jenis signal buy dan sell dalam satu masa sebelum ia betul-betul turun.
Lihat entry bersama-sama big trader. Ia jatuh sehingga 600 pip dalam masa sebulan. Pada waktu ini pasti mana-mana signal buy yang terbentuk tidak akan memberikan profit yang lebih banyak berbanding sell kecualilah anda buy waktu price betul-betul di bawah kemudian ia naik. Itu pun mungkin sudah serik loss banyak buy di atas. Silap haribulan ada yang sell ketika sudah dipenghujung trend. Price akhirnya naik dan tinggallah trader-trader yang tertipu bukan sebab indikator lagging tapi sebab salah timeframe untuk entry.
Inilah jawapan kenapa candlestick pattern timeframe kecil jarak berfungsi dengan baik kerana big trader dan majoriti trader lain mengikuti candle-candle pattern di timeframe yang lebih besar dan bukannya timeframe kecil. Apabila majoriti trader termasuk big trader ini bergerak dalam satu trend yang sama, ia umpama kapal besar yang membelah lautan. Kapal-kapal kecil yang masuk ikut candle-candle signal timeframe kecil akan habis ‘disapu’ oleh kapal-kapal besar ini.
Memanfaatkan hasil point 1 dan 2 di atas
Big Trader akan trade timeframe yang besar dan meninggalkan jejak mereka dalam bentuk candlestick. Anda boleh manfaatkan kedua-dua point penting ini untuk membuat trading plan hadapan anda. Sebagai contoh, anda boleh membuat plan untuk sepanjang bulan ataupun minggu berdasarkan apa yang berlaku bulan-bulan terdahulu ataupun minggu-minggu terdahulu.
Anda boleh ke artikel ini untuk mempelajari serba-sedikit bagaimana hendak membuat plan hadapan tersebut.
Dalam group live trade membership CSPRO saya tunjukkan bagaimana hendak melakukannya. Anda yang berminat lebih lanjut bolehlah menyertai member area hari ini dan mula pelajarinya.
Apa yang anda boleh pelajari dari artikel ini?
Ada berberapa fokus utama yang disampaikan secara tersirat dan tersurat di sini. Saya akan senaraikan yang penting darinya.
- Kita semua adalah ‘lagging’ dan bergantung pada apa yang akan berlaku pada pasaran. Oleh itu trader yang kononnya tahu secara tepat price akan bergerak kemana itu biasanya penipu dan tidak boleh dipercaya.
- Cubaan untuk meneka pasaran tidak akan berhasil dengan baik oleh itu elakkan masuk awal sebelum market membentuk signal confirmation terlebih dahulu. Signal ini akan dibentuk oleh golongan pertama yang menggerakkan pasaran. Mereka ini umpama kapal besar dan kita hanya penumpang atau kapal-kapal kecil sahaja.
- Disiplin dan kesabaran akan memberikan seseorang trader itu kelebihan dalam mendapatkan entry yang lebih berkualiti.
- Semua pergerakan mempunyai timing tertentu untuk ia siap. Oleh itu jangan risau untuk terlepas entry. Semakin besar timeframe anda, semakin tepatlah entry anda dan lebih santailah trading anda. Ingat, anda perlukan emosi yang stabil untuk hasilkan profit yang stabil.
Professional dan seorang trader legenda, Jesse Livermore juga sarankan bersabar dan menunggu jika mahu membuat duit. Ada betul juga jika anda hayati betul-betul bagaimana golongan pertama dan kedua berfungsi dalam pasaran ini.
Apa pendapat anda? Adakah bersabar dan menunggu ini betul-betul boleh bantu anda berjaya dalam trading?
Selamat menumpang kapal besar!
ADMIN
01/04/20