3 KEUTAMAAN TRADING DAN IA BUKAN TEKNIK ENTRY
Anda masih struggle dengan teknik entry? Mungkin sudah tiba masanya anda ‘upgrade’ skill anda tetapi bukanlah skill entry tetapi skill mindset anda sebagai trader. Mungkin penyelesaian masalah anda bukanlah teknik entry tapi sebaliknya lebih dari itu.
Oleh yang demikian, saya rasa terpanggil untuk kongsikan 3 elemen penting yang perlu ada bagi setiap trader yang inginkan kerjaya lebih lama dalam trading bukan sebagai IB atau MIB(ataupun penjual nota dan kelas) tetapi sebagai trader sebenar!
3 keutamaan dalam trading ini akan menjadi ‘nyawa’ dan menjadi lampu yang akan terus menerangi perjalanan karier trading anda.
Mari kita ikuti apakah 3 keutamaan tersebut.
- Money management
- Stoploss
- Breakeven
Money management
Money management atau pengurusan kewangan adalah asas utama dalam trading kerana ia akan menentukan selama mana akaun anda akan bertahan menghadapi pasaran yang volatile dan bahaya ini.
Money management yang baik adalah dengan meletakkan risk minima dan sanggup rugi sahaja sedang money management yang kurang baik adalah yang hanya bermatlamatkan untuk segera kaya cepat gain tapi tidak sanggup pula untuk kerugian. Ini akan menyebabkan akaun cepat MC dan ia tak ubah seperti berjudi untuk sesuatu yang tak mungkin akan menang sampai bila-bila.
Stoploss
Stoploss atau berhenti rugi adalah satu cara terbaik untuk bukan sahaja untuk meng-hadkan kerugian bahkan sebenarnya untuk melindungi akaun dari sesuatu pergerakan luar biasa pasaran yang mungkin anda sendiri tidak pernah menjangkakannya.
Sebagai contoh mudah, anda sibuk atau terputus-sambungan internet, ia juga adalah masalah luar dugaan selain dari market yang ‘tiba-tiba’ sahaja spike naik atau turun sedangkan tiadanya news release pada waktu tersebut.
Dengan adanya Stoploss, anda sudah meletakkan had kerugian anda dan anda bolehlah terus ke perancangan seterusnya samada untuk recover atau berhenti dahulu hinggalah arahnya jelas untuk membuat trade dan profit.
Breakeven
Selain stoploss yang melindungi akaun anda dari perkara luar dugaan mahupun pasaran yang berubah arah dan merugikan trade anda, breakeven pula adalah cara untuk menghapuskan risk dan menjadikan trading anda 100% win tanpa rugi.
Breakeven hanya boleh dilakukan semasa trade profit dan ia cara terbaik untuk mendapatkan maksima profit selain melindungi trade untung menjadi rugi.
admin
13/02/20