5 CHECKLIST PENTING YANG ANDA PERLU KUASAI DAHULU SEBELUM PERGI KE LIVE TRADING
Anda yakin anda sudah boleh trading live? Apakah yang mendorong kepada keyakinan tersebut? Adakah kerana rasa teruja untuk membuka akaun live sebab melihat kisah-kisah kejayaan trader lain atau hanya terikut-ikut sebab nak mencuba sesuatu yang baru? Tahukah anda trading ini sangat susah bagi anda yang kurang pengalaman dan pengetahuan tentang selok belok trading?..
Anda wajib praktis cukup-cukup dahulu…
Kebanyakan trader yang saya temui sering meluahkan masalah yang sama iaitu tidak tahu apa hendak dibuat sebelum dan selepas trading. Bila saya tanyakan sudah pernah berlatih sebelum live trading, ramai juga yang nampak susah nak menjawabnya.
Tak kurang juga ada yang bangga mengatakan sudah lebih 5 tahun trading live, rugi banyak dan tiada untung. Entah apa yang dibanggakan dengan kegagalan itu saya pun tak pasti. Yang pastinya ia hanya membuang masa sahaja.
Praktis itu penting namun apakah perkara yang perlu dicari semasa praktis? Berikut saya kongsikan 5 perkara anda perlu kuasai dahulu sebelum ke trading live.
5 checklist penting dalam artikel ini;
- Entry skill
- Mahir membuat Trading plan
- Money dan Risk management
- Recovery plan(bangkit dari kegagalan)
- Survival mode(kekuatan mental, disiplin)
Note: Anda digalakkan untuk membuat research dan kajian sendiri berdasarkan point yang diberikan.
Baca juga : Checklist trade setup sebelum entry
#1. Entry skill
Untuk mempelajari teknik entry ia bukanlah susah. Ia boleh diperolehi secara membeli ebook, mencari maklumat dari internet, masuk kelas berbayar/percuma bahkan boleh juga didapati dalam blog ini.
Untuk mempunyai entry skill yang hebat, ia bukanlah semudah pelajari secara teori. Malah anda mungkin perlukan 3 bulan, 6 bulan hingga setahun hanya untuk menguasai entry skill ini.
Teknik ini sangat banyak. Anda perlu berlatih untuk mencari apakah entry skill atau teknik entry yang betul-betul sesuai dengan personaliti anda. Adakah anda seorang yang suka part time? Jika ya, teknik swing adalah sesuai dengan anda. Adakah anda seorang yang hardcore dan suka risk taking? – Jika ya, maka scalping adalah untuk anda. Anda hanya akan tahu semua ini setelah berlatih dalam tempoh yang lama.
Jika anda sudah mahir dan punyai teknik entry, seterusnya anda perlu mahir membuat strategi atau trading plan.
#2. Mahir membuat Trading Plan/Strategi
Untuk trading live, anda tidak boleh semberono untuk masuk sesuka hati seperti tiada peraturan tertentu yang anda perlu ikuti. Tahukah anda bukan sepanjang masa itu waktu sesuai untuk entry?
Okey andaikata anda tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan, saya bagi satu contoh mudah. Market forex ini terbahagi kepada dua, ada waktu ia aktif, ada waktu ia tidak aktif. Waktu aktif adalah waktu terbaik tetapi ia jarang berlaku sebelah pagi waktu asia. Kerana waktu pagi(asia) adalah waktu di mana market agak perlahan. Waktu aktif biasanya bermula petang hinggalah malam waktu Amerika.
Trading plan merangkumi strategi entry dan exit. Selain itu ia juga banyak berkait pada hari apakah yang sesuai dan pada jam berapakah anda perlu masuk trading.
Strategi dalam trading ini ada banyak, memilih 1 jenis entry seminggu juga salah-satu contoh strategi dan trading plan yang boleh memberikan advantage kepada seseorang trader itu.
Jika anda trader yang boleh merangka strategi bilakah waktu sesuai untuk entry anda, seterusnya anda perlu mahir pula mengenai Money dan Risk management.
#3. Money dan Risk management
Pernah dengar istilah ‘jaga MM’? Jika pernah, itu adalah istilah popular trader yang merujuk kepada pengurusan kewangan dan risiko(Money & Risk management).
Dalam topik ini anda perlu mahir berberapa point berikut iaitu;
- Leverage
- Margin
- Risk Reward Ratio
Leverage
Adalah penggandaan akaun anda. Ia bermula dari 10:1 hinggalah 888:1(bahkan ada sehingga 2000:1). Cara pengiraan adalah mudah, jika anda memilih leverage 1:500, ini bermakna setiap 1 USD anda didarab dengan 500 kali. Dengan penggandaan ini anda tidak perlu lagi membuat deposit modal yang besar untuk trading.
Leverage juga bermaksud wang pinjaman dari broker.
Leverage besar menjadikan modal anda besar untuk trading lot yang lebih besar ataupun banyak. Leverage kecil hanya menggandakan sedikit dan anda hanya boleh trade lot kecil sahaja. Untuk tahu sebanyak mana anda boleh trade, sila take note point di bawah;
Jika anda seorang yang pandai manipulasi leverage ini, jadual di bawah sesuai untuk anda praktikkan.
Jadual di atas adalah panduan bagaimana scalper yang sudah mahir membuat entry skill dan trading plan untuk memanfaatkan leverage untuk menghasilkan profit besar daripada modal yang sangat kecil.
Margin
Margin adalah kos untuk membuka entry. Ia umpama harga yang anda perlu bayar untuk membuka sesuatu lot. Ini bermakna jika anda ada modal, anda tidak boleh membuka lot sesuka hati. Rujuk jadual di atas untuk panduan entry berdasarkan size modal anda.
Penting! anda hanya boleh cover kos margin hanya jika anda punyai baki free margin.
Risk Reward Ratio
Kegunaan RRR ini tidak lainnya adalah untuk membantu anda membuat keputusan untuk mengambil sesuatu trade. Adakah ia berbaloi untuk anda dan paling penting, berapa loss jika anda tersilap. Jangan trade live sekiranya bahagian ini anda masih belum tahu.
Mahir menentukan RRR ini akan membantu anda untuk bangkit dari kegagalan.
#4. Recovery plan(bangkit dari kegagalan)
Recovery plan adalah sangat penting bagi seseorang trader kerana membuat deposit sahaja tidak cukup untuk anda memulakan semula trading selepas kerugian teruk. Silap-silap anda akan kerugian balik dan berlanjutan sehinggalah anda merasakan trading ini bukanlah untuk anda.
Recovery plan ini adalah umpama ‘come back’ kepada seseorang trader itu iaitu bangkit dari kegagalan dan menjadi trader profitable semula.
Untuk bangkit ini ia bukanlah mudah kerana ia melibatkan emosi anda. Emosi adalah kritikal kerana tiada siapa mahu kehilangan wang. Kerugian wang sangatlah mudah, nak mendapatkannya balik pula sangatlah susah. Jadi untuk bangkit pastilah susah bagi sesetengah orang. Lebih susah lagi jika dalam hati ada perasaan ingin balas dendam dan mahu cepat-cepat cover loss sebelum ini.
Akan tetapi jangan risau, berikut sedikit tips untuk anda;
Berhenti dahulu dari trading
Rileks, jangan risau untuk terlepas peluang kecuali perang dunia ke-3 berlaku esok. Maka tiada lagi peluang trading. Pasaran saham dan matawang pasti ditutup. TAPI jika tiada semua ini maka anda masih ada peluang untuk trade esok, minggu hadapan, bulan hadapan bahkan tahun hadapan juga. Berhenti bukan bermaksud mengalah tetapi berhenti adalah bermaksud anda perlukan waktu bertenang, mempunyai fikiran yang lapang dan tidak serabut. Setelah itu barulah kembali trading.
Kenalpasti apakah punca loss terdahulu pada hujung minggu
Hujung minggu adalah waktu sesuai kerana market tidak bergerak. Oleh itu anda tidak akan terpengaruh untuk membuat entry.
Dengan mengenalpasti punca, anda boleh elakkan ia dari berulang. Ingat, orang yang lupa sejarahnya akan dihukum mengulanginya lagi.
Bermula dengan kecil
Mulakan dengan modal kecil juga trading pada lot kecil. Ia adalah cara terbaik dan selamat untuk membina momentum agar anda terus ke hadapan. Buat withdrawal secara konsisten apabila anda berhasil membuat keuntungan dari modal kecil walaupun cuma 10 USD sahaja ia tetap baik untuk jangka panjang kerana ia realistik serta baik untuk membina fikiran yang positif sebagai seorang trader.
Bermula dari langkah kecil ini pasti akan memudahkan anda kepada yang lebih besar lagi. InsyaAllah.
Usaha-usaha untuk memahirkan diri membuat recovery ini sangat penting jika anda mahu menjadi trader sebenar. Trader yang sebenar adalah trader yang bukan sahaja boleh membuat untung, malah ‘survive’ dalam apa juga keadaan market.
Survival adalah perkara paling penting untuk menjadi trader.
#5. Survival mode
Trading ini adalah umpama survival. Anda harus berpijak di bumi yang nyata. Trading dan kisah kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah seperti di angan-angankan. Untuk menjadi trader anda perlu survive dalam banyak perkara seperti ketidak-tentuan pasaran, news impact yang tiba-tiba menggerakkan pasaran ratusan dan ribuan pips dalam masa sehari, akaun dah untung tiba-tiba satu silap langkah semua untung lesap..
Banyak lagi perkara yang di luar kawalan juga perlu anda hadapi seperti broker lingkup, broker scam, broker cancel profit.. ini semua adalah sebahagian dari cabaran survival seorang trader.
Kekuatan mental
Jika anda mampu untuk hadapi semua ini tanpa lompat-lompat teknik mahupun membuat deposit sampai hutang keliling pinggang, syabas! Anda sudah boleh menjadi trader dan mulakan trading anda hari ini. Tetapi jika anda sedikit was-was dengan hala tuju dan masa depan anda sebagai trader, tuntutlah ilmu, buatlah latihan, insyaAllah anda pasti boleh menjadi trader yang berjaya suatu hari nanti.
Trader yang punyai mental yang kuat tidak akan mudah berputus-asa untuk bangkit semula. Berfikiran positif dan mengambil tanggungjawab serta tidak menyalahkan orang lain adalah asas yang diperlukan untuk menjadi seorang trader yang kuat mentalnya.
Disiplin
Fokus apa yang memberikan kelebihan anda, ulang proses dan buat sehingga kembali menjadi profitable. Trader yang tidak berdisiplin adalah trader yang tiada matlamat jelas, asyik tukar-tukar teknik/strategi dan tiada peraturan khusus dalam trading.
Anda mahu survive dalam jangka masa yang lama, anda wajib mempunyai disiplin yang tinggi.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!
Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!
Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
- Partnership programs
- Leverage up to 888:1
- Spread serendah 0.6
Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!
[Motivasi]Menukarkan 11K kepada 18 juta dalam masa kurang 2 tahun…
Latihan tidak pernah merugikan walaupun ia mengambil masa yang lama. Orang yang terjun ke bidang ini tergesa-gesa dan tidak cukup latihan itulah yang sebenarnya bakal membuang masa dan wang.
Dan Zanger, seorang pedagang saham yang berjaya, mengambil masa 10 tahun untuk mempelajari pola pasaran(chart pattern) sebelum menceburi secara serius dalam pedagangan.
Adakah anda juga sudah menghabiskan masa 5-10 tahun dalam trading untuk belajar?? Jika anda baru sebulan-dua, itu masih terlalu awal. Mungkin nasib anda 5-10 tahun nanti cuma akan menjadi seorang ‘pendepo tegar’ sahaja.
Akhir kata…
Jadi bagaimana sekarang? Adakah anda sudah yakin untuk menjadi trader? Jika belum buatlah praktis dahulu. Jangan jadikan live trading sebagai praktis kerana ia bukan semudah yang difikirkan.
Jika anda fikir tukar-tukar teknik nanti akan menyelesaikan masalah, itu sudah cukup memberikan petanda yang anda tidak akan kekal lama kecuali sebagai pelaris kelas dan jualan buku trader sahaja.
Banyakkan praktis, kejayaan akan jadi milik anda!
Okey lah, tinggalkan komen anda jika anda punyai sebarang pendapat yang ingin dikongsikan.
ADMIN
20/08/20