
ANALISA GOLD MINGGU KE-4 DISEMBER 2025
Gold naik awal hari isnin dan seterusnya mencipta new all time high tahun ini! Oleh itu fokus utama mestilah buy sahaja dan elakkan sell kecuali structure menunjukkan perubahan arahnya.
Untuk analisa terdahulu sila ke sini https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-3-disember-2025/
XAUUSD D1
Gold pada waktu artikel ini ditulis ia sedang menguji 4400.00. Nampak ia ada kekuatan untuk breakout kawasan ini. Jika confirmed, maka fokus utama adalah buy sahaja.
Buat masa ini tiada alasan sell kecuali price drop semula di bawah paras 4400.00 dan terus downtrend. Akan tetapi plan sell saya adalah valid hanya jika price break bawah 4300.00 berbanding hanya break bawah 4400.00.

Saya memilih untuk menggunakan angka genap kerana ia lebih memudahkan pemahaman arah pasaran. Untuk waktu ini saya prefer untuk buy sahaja namun saya akan tunggu harga low untuk buy low dan minimum stoploss.
XAUUSD H4
Area resistance 4380.99 iaitu ATH tahun ini akan menjadi support level, area untuk menyokong kenaikan jika ia retest dan pullback dalam minggu ini.

Pergerakan agak kuat waktu ini pasti menghadirkan perasaan FOMO. Oleh itu sila berhati-hati dengan tindakan anda kerana dikhuatiri bakal memakan diri. Jangan kejar market, jangan revenge dan jaga emosi anda. Jika anda belum download ebook terkini saya, sila dapatkannya kerana banyak tips-tips dan nasihat penting yang boleh membantu anda di tahun hadapan nanti, inshaAllah.
Analisis dan update akan saya berikan di group telegram nanti. Pastikan anda subcribe agar tak terlepas update dari kami!
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
22/12/26



