Harga Emas sudah sampai resistance?
Harga emas sudah pun naik lebih 7,200 pip dari entry point 1112.97. Pada pengamatan saya inilah waktu paling sesuai untuk menutup posisi buy ini kerana kebiasaannya price akan membuat reaksi penurunan di kawasan resistance price. Sekiranya price masih melakukan kenaikan maka itu adalah ‘bonus’ bagi yang masih menyimpan posisi ini.
EURGBP telah melakukan pendakian dan kini menyentuh extension 0.7808 dan resistance 0.7753. Posisi buy sudahpun breakeven tanpa risk. Clue market berikutnya adalah berdasarkan apa reaksi price action di sini. Jika ia hendak melanjutkan kenaikan, maka kita patut akan melihat price melakukan pullback di atas harga resistance 0.7753.
GBPAUD bounce dan rejected di atas key support 2.0177. Target profit adalah di sekitar harga 2.0700. Akan tetapi semenjak sudah kelihatan reversal candle pada hari sebelumnya, maka langkah berjaga-jaga iaitu breakeven dibuat pada entry untuk melindungi trade ini dari sebarang kerugian.
GBPCAD telah menguji key support 1.9919 dan 1.9890 sebanyak 4x berturut-turut. Ia memberikan tafsiran bahawa GBPCAD ini bakal naik jika ia berhenti untuk menguji level support ini. Stoploss agak besar iaitu 250pips dari harga semasa. Bagi yang hendak mengambil setup ini, sila pastikan target profit anda adalah 250pip(1:1 ratio) atau 500pip(1:2 ratio).
AMARAN!! Pentingnya untuk meletakkan SL dan Breakeven kerana kita sememangnya tidak boleh menjangkakan perubahan market ini. Sekiranya anda seorang yang sayangkan duit akaun anda, maka SL(stoploss) dan Breakeven ini adalah wajib untuk anda. Sekiranya anda adalah seorang yang mahukan trade selalu betul dan akan mengikuti arah yang anda trade, maka trading forex ini bukan untuk anda.
Salah satu posisi trade yang tidak menggunakan SL. Akibatnya floating loss hingga -600 pips. Kegagalan trader untuk menggunakan function SL ini adalah punca utama juga kenapa trader itu sering gagal walaupun sudah belajar teknik dari trader yang berjaya dan teknik yang dikategorikan sebagai ‘proven’ profit.
Terima kasih kerana meluangkan masa anda. Analisa ini dibuat berdasarkan teknik 821. Sila ke sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai teknik ini.
ADMIN
PS : Mujurlah akaun ini punyai margin besar dan masih mampu menampung loss tersebut kan?