
ANALISA GOLD FEBUARI 2026 MINGGU KE-3
Hi dan selamat datang ke analisa mingguan pair Gold. Gold minggu lepas bergerak sideways di sekitar 5000.00. Price sempat naik ke 5100.00 namun jatuh semula selepas itu. Price juga sempat membuat new low sebelum ia kembali rally naik semula ke atas 5000.00.
Akan tetapi selepas review di TF D1, nampak overall bias masih bullish.
Sila ke sini untuk analisa minggu lepas >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-febuari-2026-minggu-ke-2/
XAUUSD D1

Pada timeframe D1, GOLD ditutup bullish menandakan gold masih bias kepada uptrend. Oleh itu stategy minggu hadapan adalah buy sahaja. Untuk memudahkan trade, fokus satu jenis entry sahaja. Jika boleh buy dan sell, pada saya ia hanya sesuai untuk scalping sahaja dan boleh di execute pada TF M1, M5 dan M15.
Tapi bagi swing trading, saya cuma akan fokus buy sahaja, kecuali price drop dan reverse di bawah 5000.00.
XAUUSD H4
Di H4 saya melihat kepada potensi entry buy low di atas 5000.00 dan buy high jika break dan pullback atas 5092.48.

Berberapa perkara perlu diberi perhatian minggu hadapan pada sudut teknikal;
- Price buat dipped – untuk buy low
- Area 5000.00
- Break dan pullback atas 5090.00/5100.00
Overall trend masih uptrend, oleh itu untuk ride trend ini, adalah lebih baik fokus buy jika price buat dipped. Minggu lepas price sempat membuat low sebelum ia mendaki naik semula.
Apabila ia membuat low atau dipped, ia adalah peluang masuk pada harga diskaun atau murah.
Target
Target utama adalah 5200.00. Target juga boleh ditetapkan berdasarkan teknik fibo TP. Target juga boleh ditetapkan pada SNR terdekat atau berdasarkan history lepas.
Akhir kata
Saya akan kemas kini update analisa ini di group telegram seperti biasa dan juga berikan analisa pair lain jika terdapat potensi entry pada pair itu. Pastikan anda membuka akaun demo untuk belajar berdasarkan signal atau analisa yang diberikan.
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
14/02/26


