
ANALISA GOLD MARCH 2026 MINGGU PERTAMA
Gold ditutup tinggi pada jumaat lepas sebelum market tutup. Ramalan bullish menjadi dan trend masih kekal bullish lagi. Selagi tiada structure menyokong downtrend, sell hanyalah short term dan fokus long term mestilah buy sahaja.
Untuk analisa minggu lepas >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-febuari-2026-minggu-ke-4/
Berberapa faktor yang menyokong kepada bullish minggu hadapan antaranya perang AS-Israel terhadap Iran yang telah bermula semalam. Ini akan mendorong gold untuk bullish lagi.
XAUUSD H4
Untuk plan minggu hadapan, fokus masih buy lagi. Oleh itu kita lihat di H4 di manakah possible pullback atau dip untuk buy low minggu hadapan.
Jika market open esok dibuka tinggi atau ia terus meroket naik tinggi, maka high minggu lepas akan menjadi support untuk buy dip. Last price adalah sekitar 5279.21.
Potensi buy juga boleh dikesan apabila price sudah berhenti trending, bergerak sideways sama seperti minggu lepas. Fokus untuk situasi ini adalah ia membuat intermediate support untuk jadi panduan buy low minggu hadapan.
Area resistance penting yang mungkin menjadi support adalah 5342.00, 5382.00 dan 5400.00. Perhatikan jika zone ini ditembusi dan menjadi support untuk buying berikutnya.
Seperti biasa update akan menyusul di telegram..
ADMIN
01/03/26




