ANALISA GOLD MINGGU KE-1 NOVEMBER | REVERSAL TREND
Berdasarkan overall candle terakhir minggu lepas, trend adalah bearish. Ia sedikit menghampiri 2800.00 namun gagal mencapai objektif tersebut dan semua buy trade ditutup stopout atau hit stoploss.
Di awal bulan ini saya jangkakan sedikit penurunan walaupun bulan lepas secara keseluruhannya ditutup bullish. Ini adalah biasa bagi sesuatu trend di mana akan berlaku penurunan atau correction sebelum ia meneruskan penaikan.
Untuk analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-5-oktober-2024/
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD H4
Jangkaan correction adalah price kembali semula ke 2700.00. Sebarang entry sell akan dibuat di SNR berdekatan mid band dan 2700.00 akan menjadi TP area.
Kenaikan dan diikuti penurunan mendadak adalah petanda kuat reversal trend, oleh itu untuk memudahkan plan, fokus sell sahaja. Cari sell signal apabila price naik akan memudahkan trading.
Key SNR
Key SNR utama adalah 2756.15 yang akan menjadi area sell high jika retest dan reject berlaku di sini. Key point lain adalah Weekly low iaitu di 2724.80 di mana jika break dan pullback, trend akan menurun lagi. Akan tetapi di sebabkan major trend adalah uptrend, maka area ini penting untuk kita lihat jika berlaku sebarang bear trap iaitu price naik dan pullback lebih tinggi atas Weekly low ini.
Oleh itu trend akan mengikuti semula arah bulan lepas iaitu uptrend.
Fokus buy hanya valid jika price break mid bands kemudian melakukan pullback. Time frame utama adalah H4 sahaja dan H1 adalah entry anda.
Live chart
Seperti biasa, update akan saya berikan dalam group telegram. Sekian dahulu,
ADMIN
03/11/24