
ANALISA GOLD MINGGU KE-2 DISEMBER 2025
Plan minggu lepas trigger apabila D1 closed bullish. Akan tetapi selepas hit zone TP, price membuat reversal dan gagal untuk terus naik tinggi.
Signal buy valid di D1 selepas ia ditutup bullish di atas paras zone buying(berdasarkan fakta SNR). Entry pula trigger di H1 berdasarkan candlestick pattern.
Analisis sebelum ini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-1-disember-2025/

Gold perlukan trader berhati-hati dan tidak cuba memprediksi arah pasaran
Kita semakin menghampiri penghujung tahun dan mungkin market sudah mula perlahan dan tidak jelas arahnya. Gold tahun ini ditutup pada harga tinggi baharu dan mungkin sudah mula penat untuk terus mendaki. Krismas pula tidak lama lagi oleh itu market akan semakin perlahan atau mungkin saja akan berlaku reversal.
Oleh itu menjadi scalper adalah cara terbaik dalam situasi ini.
XAUUSD D1
Daily Timeframe – close sebagai shooting star. Body candle pula bearish. Ini petanda jelas rejection di kawasan resistance dan petanda kuat kemasukan seller. Akan tetapi ada satu masalah, iaitu ia close di atas RBS area.
Ini boleh jadi ia tak valid, bermaksud selepas signal sell ini, boleh jadi price naik pula. Oleh itu kita perlukan confirmation berdasarkan zon buy dan sell.
Zone sell
Berada di bawah 4195.49. Candlestick perlu close atau break dahulu di bawah paras ini. Pullback adalah entry terbaik di bawah paras ini. SL akan berada di atas zone ini.
Zone buy
Berada di atas 4251.70. Candlestick perlu break dan close di atas paras ini dan pullback adalah price action yang kita perlukan untuk entry di zone ini.
Selagi ia gagal break, ia akan jatuh semula sebab ini adalah kawasan resistance. Tiada breakout, tiada buying.
Plan minggu hadapan
Saya stay neutral dan hanya tunggu confirmation iaitu adalah ia akan masuk zone buy atau sell terlebih dahulu. Tapi ikutkan situasi semasa, saya nampak lebih bias kepada selling. Jadi saya akan tunggu ia masuk zone selling untuk confirmkan analisis ini.
Jika confirmed, entry, SL dan TP akan ditentukan berdasarkan situasi semasa ini.
Update akan menyusul seperti biasa di telegram, pastikan anda sudah follow telegram untuk update analisis ini dan major pair lain seperti USDJPY, USDCAD, GBPUSD dan EURUSD.
Sekian,
ADMIN
07/12/25





