
ANALISA GOLD MINGGU KE-2 JUN 2025 | BIG SELLER COMING?
Minggu lepas trend dalam sideways dan buy trigger serta hit target di 3400.00 seperti yang dikongsikan dalam group telegram. Selepas itu pada jumaat, entry sell juga sudah dikongsikan. Trader yang memanfaatkan signal itu sudah tentu profitable hinggalah market ditutup.
Untuk analisa minggu lepas dan kajian anda boleh ke sini >> ANALISA GOLD MINGGU KE-1 JUN 2025
Berdasarkan reversal pada jumaat lepas, fokus minggu hadapan adalah sell sahaja. Berberapa faktor yang mendorong saya untuk mengatakan trend adalah sell adalah seperti berikut;
- Breaking UTL di H4
- Candlestick bearish yang kuat di H4 berdasarkan saiz
- Closing menghampiri opening di H4
- Overall structure adalah downtrend
Oleh itu fokus utama minggu hadapan adalah sell sahaja.
XAUUSD H4
Kita lihat pada chart H4 untuk memahami gambaran yang saya nyatakan di atas.

Berberapa confirmation sell kelihatan terutamanya breakout trendline. Ini adalah confirmation terdekat mengenai perubahan arah trend.
Selepas breakout, terdapat berberapa key resistance terdekat untuk entry sell high jika berlaku retest ke area penting ini;
- 3323.50
- 3338.61
Key support penting pula adalah;
- Weekly low 3299.95
- 3300.00
Jika price terus drop dan break Weekly low, tunggu ia menjadi resistance(SBR) dahulu barulah tunggu setup sell di area situ.
Dua target utama pula adalah;
- 3244.67
- 3200.00
Altenatif
Price mesti break Weekly high dahulu barulah consider trend masih uptrend. Ini kerana area ini masih kawasan kukuh resistance dan masih gagal ditembusi buat masa ini.
Akhir kata
Apapun entry dibuat, pastikan risk seminima mungkin dan jangan terlalu nak mencari entry dengan overkonfiden hingga bertindak secara impulsif. Pastikan rangka plan betul-betul sebelum membuat entry. Pastikan semua entry dibuat di account demo untuk mengelakkan risiko yang tak wajar dan kerugian wang.
Banyak sumber-sumber bacaan sudah disediakan dalam blog ini untuk membantu pembelajaran anda. Sebarang update akan saya kemasikini dalam group telegram. Pastikan anda sudah menyertai telegram untuk dapatkan update terkini dari kami.
Sudahkah anda download ebook terkini dari kami? Dapatkan di sini.
sekian,
ADMIN
07/06/25