
ANALISA GOLD MINGGU KE-2 OKT 2025
Analisa sebelum ini saya sasarkan gold ke 2900.00. Minggu lepas gold naik lagi dan menghampiri sasaran ini namun ia tak menyentuh harga tersebut. Gold masih bullish lagi oleh itu berhenti untuk cuba swing sell gold ini kemudian di-live-stream-kan pula di tiktok. Saya melihat berberapa individu melakukan hal ini dan pastinya akan ada pula trader yang tak berfikir panjang akan mengikuti pula tindakan ini. Maka tak hairanlah undang-undang Securities Commission(SC) Malaysia dikuatkuasakan untuk mengekang aktiviti finfluencer di socmed -sebab finfluencer bangang ini menyebabkan ramai kerugian!
Untuk analisa minggu lepas boleh ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-5-sept-2025-dan-awal-bulan-oktober/
PENAFIAN: Analisa yang saya berikan adalah bertujuan untuk membantu menambah pemahaman pembelajaran anda dan hanya untuk pembelajaran sahaja, dan anda tidak boleh jadikan ia sebagai nasihat pelaburan anda.
Untuk setakat ini plan utama masih lagi buy dan berikut plan teknikal minggu hadapan:
XAUUSD M30
Minggu lepas price gold turun ke 3800.00 kemudian pullback semula ke atas, kemudian jatuh semula di bawah 3900.00. Terakhir pada jumaat, ia cuba mendaki semula tapi tidak mencapai harga 3900.00 ini.
Situasi ini seakan memberi gambaran price tiada momentum untuk naik lagi.

Walaubagaimanapun, fokus utama tetap buy. Oleh itu semua support level akan menjadi panduan buy saya. Saya ambil langkah selamat iaitu hanya scalping buy sahaja di kawasan dip yang berlaku di support level.
Antara kawasan support tersebut;
- 3858.00
- 3827.00
- 3800.00
Cara ini pada saya lebih selamat berbanding membuat entry buy dan swing entry itu ke 4,000.00. Mungkin price ke situ tapi mungkin juga ia akan berubah arah. Namun bukanlah hanya disebabkan MUNGKIN maka saya akan sell gold ini. Tiada bukti yang nyata di chart teknikal untuk menyokong kemungkinan ini oleh itu saya takkan membuat sell, apatah lagi stream-kan di tiktok untuk dapatkan pujian dari orang ramai sekiranya ia berjaya. 😀
Okeylah sampai di sini dahulu, sebarang update saya akan berikan dalam group telegram seperti biasa.
Sekian,
ADMIN
04/10/25