ANALISA GOLD MINGGU KE-2 JUNE | TREND MASIH BEARISH
Pada analisa terdahulu, gold diramalkan akan terus bearish berdasarkan bias terdahulunya. Kemudian pada NFP minggu lepas, gold terjun dan membuat new low di bawah 1.2300.
Analisa terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-pertama-jun-masih-bearish/
Pada minggu hadapan, trend ini dijangka masih berterusan lagi jika price terus pullback di bawah 1.2300 ini.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Pada jumaat lepas, sebatang candle bearish engulfing terbentuk dan seterusnya break major support yang kuat dan sukar ditembusi. Akan tetapi terdapat satu masalah, di area 1.2300 ini adalah major support.
Jika price gagal menembusinya, maka ada kemungkinan ia akan naik semula. Jika lihat secara keseluruhannya, ia sebenarnya bergerak dalam sideways antara 2400.00 dan 2300.00, walaupun kita dapat lihat price close di bawah 2300.00 namun pada history lepas juga terdapat price yang berhenti di paras ini.
Last low minggu lepas adalah di 2286.86.
XAUUSD H4
Untuk fibonacci retracement, sila sambungkan dari high kepada low seperti dalam gambar. Dari situ anda perlu lihat pada area yang bertindih antara SNR dan level fibo.
Area berpotensi tinggi untuk sell adalah di 38.2 dan juga 61.8 jika berlakunya retest dan reject di area ini. Biarkan price naik dahulu dan sell jika terbentuk signal.
Altenatif
2300.00 sebagai major support penting untuk buy jika price gagal tembusi area ini. Ia biasanya dapat dilihat melalui price yang membentuk stuktur uptrend di atas 38.2 dan terus membuat kenaikannya. Selain itu, jika terdapatnya double bottom di atas level 2300.00 ini, ia juga petanda kuat ia akan reverse naik memandangkan di D1 trend nampak sideways.
Selain pair Gold, pair EU dan GU juga nampak berpotensi berlaku permulaan trend reversal.
LIVE CHART GOLD:
GBPUSD
Pair ini break UTL dan membentuk SBR area untuk sell high.Resistance 1.2764 sebagai key pentng untuk entry tersebut.
Terdahulu sebelum ini, price stuck antara 1.2700 dan 1.2800, namun NFP lepas kita dapat lihat price membuat penurunan semula dan kini menghampiri 1.2700.
Tunggu price naik dan sell jika signal sell terbentuk. SL dan TP boleh ditentukan berdasarkan last high dan fibo TP.
LIVE CHART GBPUSD:
EURUSD
Seperti GBPUSD, EURUSD juga sudah break UTL dan membentuk SBR untuk panduan sell. Price pula sudah menyentuh BRN 1.0800.
Area yang ditembusi akan bertindak sebagai key resistance untuk menjadi panduan entry sell di masa akan datang.
Anda hanya perlu tunggi ia naik dahulu dan sell jika signal sudah terbentuk.
Area key resistance:
- 1.0827
- 1.0854
LIVE CHART EURUSD:
Akhir kata
NFP minggu lepas meninggalkan jejak atau signal untuk 3 pair ini. Namun untuk memastikan signal dan trend yang anda trade adalah valid atau sah, ia masih tergantung kepada stuktur trend yang terbentuk. Sejujurnya trend banyak bergantung kepada apa reaksi pada SNR yang tersedia pada chart untuk arah selanjutnya.
Analisa ini hanyalah panduan sahaja, namun untuk dapatkan ketepatan, ia bergantung kepada pergerakan semasa dan bagaimana price memberi reaksi pada sesuatu SNR.
Sekian,
ADMIN
09/06/24
CREDIT: tradingview chart