ANALISA GOLD MINGGU KE-3 DISEMBER 2024 | MAJOR SELL SIGNAL
Pada timeframe Daily, kelihatan jelas double top sudah terbentuk, oleh itu long term plan buat masa ini adalah sell. Terdapat satu halangan besar, iaitu major support di TF Weekly dan D1 iaitu di sekitar 2626.65 iaitu last week low akan menjadi penentu penting untuk plan sell ini.
Terima kasih kerana sudah mengikuti analisis ini dari awal tahun hingga hari ini. Group telegram pullback bukan sahaja tempat untuk mendapatkan update dan promosi dari rakan niaga pullback, tetapi signal entry pair lain seperti EURUSD, GBPUSD, USDJPY dan lain-lain juga saya sediakan untuk anda belajar dan mengaplikasikan secara live teknik-teknik yang diajarkan dalam blog ini. Bagi yang belum menyertai atau ingin melihat prestasi signal yang lepas-lepas bolehlah join telegram kami. -klik link di bawah untuk join!
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk update serta promosi terkini dari kami. Klik sini untuk menyertai!
Untuk analisa minggu lepas sila ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-2/
XAUUSD D1
Breakout neckline ini penting bagi menentukan entry continuation trend seperti yang dijelaskan dalam artikel ini https://pullbackforextrading.com/menyingkap-pasaran-forex-meneroka-hubungan-antara-chart-patterns-dalam-reversal-dan-continuation-trend/
Berdasarkan D1, jika break neckline, maka long term target adalah di support 2563.22 sebagai target profit sell. Entry paling terbaik adalah jika price pullback di bawah neckline/weekly low 2627.57
Akan tetapi buat masa ini price masih berada di atas neckline lagi, oleh itu trader boleh manfaatkan entry sell high jika price membuat kenaikan retest area-area SNR minggu lepas.
Untuk ini kita lihat di H4 untuk mendapatkan kedudukan harga tersebut.
XAUUSD H4
Entry minggu hadapan terbahagi kepada dua iaitu, sell high jika price retrace naik semula atau, sell lower jika break weekly low.
Untuk sell high, weekly low boleh dijadikan TP anda. Jika sell lower di bawah weekly low pula, TP anda adalah di support terendah.
Berikut key SNR yang perlu anda perhatikan minggu hadapan untuk entry;
ENTRY SELL HIGH:
Key resistance:
- 2690.05
- 2675.16
- 2665.01
- 2660.31
TP adalah di weekly low 2627.57
Untuk sell lower, pastikan price break major support weekly low dan pullback ke bawah dahulu. Key snr adalah berikut;
- 2627.57
- 2617.36
TP adalah di 2563.22
ALTENATIF
Plan sell adalah gagal jika price gagal breakout weekly low 2627.57. Sebaliknya price reverse naik.
Jika price gagal break neckline, price akan reverse naik. Trend akan naik semula dan price akan naik retest resistance minggu lepas. Oleh itu hati-hati dengan area neckline ini. Clean breakout terbaik adalah jika CS daily break dan close dengan jelas di bawahnya.
Jika cs daily membentuk fakeout atau false breakout dengan hanya meninggalkan shadow di area ini, ia adalah petanda kurang baik kepada seller.
Akhir kata
Kita semakin berada di fasa penghujung bulan Disember, market semakin berisiko tinggi atas banyak faktor seperti fundamental dan teknikal itu sendiri, oleh itu sila berhati-hati dan jangan terlalu mengambil risiko.
Bulan hadapan 2025 semakin hampir dan tiada keperluan untuk menjadi risk taker kerana bermacam-macam hal boleh berlaku. Minggu lepas sahaja kita menyaksikan price naik dengan begitu signifikan kemudian jatuh semula apabila gagal menembusi paras 2700.00 lalu membentuk double top.
Jika price break neckline, maka apa yang kita perlu buat adalah untuk sahaja price retest neckline ini dan kita akan manfaatkan peluang tersebut untuk high gain atau high return terhadap modal yang kita laburkan.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada pembaca setia blog ini yang bukan sahaja setia mengikuti blog ini, bahkan sudi mengongsikan ilmu-ilmu yang saya berikan. Selain itu kesudian anda membuka akaun dagangan di bawah network saya juga sangat saya hargai. Broker yang saya gunakan adalah HFM, XM dan JUSTMARKETS buat masa ini kerana urusan depo dan wd yang mudah selain promosi yang menarik dan hebat-hebat.
Anda yang mahu berdaftar di bawah saya bolehlah klik pautan di bawah. Saya dahulukan dengan ribuan terima kasih!
XM minima depo $30 : KLIK SINI
JUSTMARKETS minima depo $30 : KLIK SINI
HFM minima depo $30 : KLIK SINI
Jika anda sudah register link(dengan minima depo) di atas dan mahu menyertai group private untuk signal-signal lebih mantap, bolehlah tele saya di @pullbackX
Sekian,
ADMIN
15/12/24