
ANALISA GOLD MINGGU KE-3 JUN 2025 | KEMBALI UPTREND
Minggu lepas kita menyaksikan kenaikan semula gold dan new weekly high. Gold ditutup tinggi pada minggu lepas menandakan ada kemungkinan besar untuk naik semula ke ATH tahun ini di 3500.00.
Analisa terdahulu >> KLIK SINI.
Saya sudah mengulas poin-poin penting untuk minggu lepas dan apa yang boleh kita pelajari dari situasi itu. Sila ke sini untuk baca.
Untuk minggu hadapan, plan utama adalah buy.
XAUUSD D1
Di timeframe D1 candle jumaat sudah pun breakout major DTL. Last candle berhenti di high terdekat iaitu di 3431.45. Kenaikan gold didorong oleh perperangan antara Israel dan Iran di mana Israel mula menyerang Iran pada jumaat lepas.
Untuk kenaikan selanjutnya, price perlu turun dahulu dan pullback naik semula. Akan tetapi disebabkan pada sabtu dan ahad ini berlaku konflik lanjutan antara Israel dan Iran, maka ada kemungkinan besar pelabur akan beralih ke komoditi emas pada isnin atau minggu depan.
Ada kemungkinan berlakunya gap isnin nanti.

Kenaikan ini hanya akan berhenti jika adanya usaha diplomatik untuk hentikan perperangan. Maka gold akan berhenti naik.
KEY SUPPORT –
- 3381.53
KEY RESISTANCE –
- 3431.45
- 3500.00
Weekly hi – 3446.90
Weekly lo – 3293.77
Untuk entry, fokus buy sahaja di kawasan major support ataupun jika price buat new weekly high, tunggu ia turun dulu barulah buy jika ada confirmation. BREAKING WEEKLY HIGH adalah keutamaan untuk buying gold. Akan tetapi hati-hati untuk sebarang risiko bull trap andaikata price jatuh semula.
Timeframe entry:
- Candlestick H4/H1
- Chart pattern M5/M15
ALTENATIF
Price dan candle jatuh semula ke bawah broken trendline daily. Berlaku juga break weekly low dan membentuk new weekly low.
Sekian dahulu analisa buat masa ini. Sila ikuti update dalam group telegram untuk potensi entry dan kemaskini keadaan semasa.
Terima kasih!
ADMIN
15/06/25