ANALISA GOLD MINGGU KE-3 JUNE | KEMBALI UPTREND | GBPUSD DAN EURUSD BEARISH
Gold(XAUUSD) pada minggu lepas stuck di atas 2300.00 dan melakukan kenaikan semula. Adakah ini petanda bahawa ia kembali uptrend?
Plan minggu lepas adalah sell dan dua kali signal sell terbentuk berdasarkan level fibonacci dan marking line. Penurunan berlaku dan kesemua sell berakhir di key support BRN 2300.00. Selepas itu rejection berlaku dan price naik.
Kenaikan ini kekal hinggalah dihari penutup Jumaat.
XAUUSD
Kenaikan ini juga petanda bahawa bias trend masih bullish dan 2300.00 adalah major support yang kuat. Ini bermakna setiap kali price turun ke sini ia akan naik semula hinggalah apabila ia berjaya menembusinya, maka level ini bukan lagi strong support.
EURUSD
Pair ini membuat correction menaik dahulu sebelum ia jatuh di area marking.
Pair ini pullback selepas menyentuh area confluence trendline break dan marking line. Price seterusnya jatuh ke 1.0700 pada akhir sesi Jumaat hinggalah market tutup.
GBPUSD
Pair ini membuat kenaikan sehingga melebihi sasaran marking price untuk entry. Ia naik tinggi hingga break 1.2800 mengakibatkan panic buyers sudah terperangkap dengan false signal ini, akhirnya entry mereka pun berakhir dengan kerugian apabila price jatuh semula ke bawah 1.2800. Sell trigger apabila price close semula di bawah marking line.
Trade sell ditutup di paras 1.2700 namun price terakhir terlihat ditutup di bawah paras ini menandakan kekuatan trend adalah bearish pada hari terakhir minggu lepas.
Untuk analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-2-trend-masih-bearish/
Sila subscribe ke telegram kami untuk update terpantas terus ke smartphone anda.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Anda mahu menjana pendapatan pasif sampingan? Anda boleh menyertai sponsor kami melalui pautan banner di bawah;
Berikut adalah plan minggu hadapan;
XAUUSD H4
Berdasarkan bias minggu lepas, plan minggu hadapan adalah buy. Area penting seperti 2300.00 kini menjadi strong support untuk buy jika ia retest dan reject lagi minggu hadapan.
Area penting lain adalah di level fibo seperti 50.0 dan 61.8 untuk buy low jika price menguji semula area ini dan rejected.
Buy high pula adalah jika price break dan pullback atas Weekly high dengan target adalah di 2375.00.
Jika anda membuat praktis dan bercadang untuk trade akaun besar seperti 1K ataupun 10K USD, saya sarankan anda berlatih akaun cent HFM. Anda boleh membuka akaun dengan klik banner di bawah. Bagi anda yang mendaftar dan membuat deposit minima 100$ melalui banner di bawah, anda layak mendapat bantuan pembelajaran dan teknik dari saya.
Note: Jika anda mendaftar terus dengan broker atau melalui pautan lain, maka anda adalah terkecuali dari mendapat perkhidmatan bantuan dari kami.
Anda boleh bandingkan analisa ini dengan live chart di bawah;
XAUUSD LIVE CHART:
EURUSD H4
Berdasarkan bias minggu lepas, plan minggu hadapan adalah sell. Berikut plan saya;
Saya menjangkakan price naik dahulu sebelum ia jatuh semula. Had utama adalah trendline iaitu jika break, maka plan sell mungkin invalid.
Key resistance untuk sell adalah;
- 1.0732/fibo 38.2
- 1.0768/fibo 50.0
Target utama adalah 1.0600 atau extension 161.8 menurut kaedah fibo TP.
EURUSD LIVE CHART:
GBPUSD H4
Jangkaan saya adalah price naik dahulu sebelum sell. Plan sell adalah berdasarkan bias minggu lepas iaitu sell.
Key resistance penting adalah;
- 50.0 @ 1.2753
- Area confluence trendline break
- Fibo 38.2
- 1.2800 jika ia retest dan reject lagi di sini
Target utama adalah di 1.2600 atau extension level berdasarkan teknik fibo TP.
GBPUSD LIVE CHART:
SPONSORED: 5 kelebihan trade di broker 1Bid(klik banner di bawah);
AKHIR KATA
Sila hadkan entry anda dalam seminggu untuk 1 atau 2 entry sahaja. Entry yang baik mestilah mempunyai ciri berikut;
- Mempunyai stoploss
- Mempunyai target profit
- Mempunyai plan jelas dan bukannya masuk sebab ikut pendapat orang lain
Pastikan anda mengawal risk dengan tidak meletakkan risiko tinggi dan mengambil bulat-bulat apa yang dikongsikan dalam blog ini sebagai nasihat perdagangan. Ini kerana semua yang dipaparkan adalah untuk pembelajaran sahaja dan anda perlu bertanggungjawab untuk setiap tindakan anda.
Sila cari lebih banyak maklumat dalam blog ini untuk memantapkan pembelajaran anda.
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
17/06/24
Kredit: Tradingview