
ANALISA GOLD MINGGU KE-3 MARCH 2025 | ATH BAHARU GOLD
Minggu lepas gold sudah mencapai harga tertinggi baharu di 3000.00 berbanding dolar. Jangkaan ke harga sudah dijangka dari tahun lepas lagi. Awal tahun ini ia sudah dicapai. Persoalan berikutnya adalah, apa seterusnya?
Sebelum lanjutkan, sedikit recap untuk minggu lepas. Plan sell trigger dan hit target 2882.63 selepas break 2900.00. Selepas itu price terus naik tinggi, trigger plan altenatif iaitu apabila new weekly high terbentuk maka 3000.00 akan jadi target utama. Untuk plan minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-kedua-reversal-confirmed/
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk signal trading percuma dan update terkini dari kami terus ke smartphone anda!. Klik sini untuk menyertai!
Apa seterusnya untuk minggu ini? Jom ke analisa di bawah;
XAUUSD D1
Kita mulakan dari D1 dahulu untuk gambaran keseluruhan.

Dua resistance terdekat minggu lepas kini menjadi support untuk panduan buy. Dua price level itu adalah;
- 2954.88 dan,
- 2928.11
Di sebabkan sentimen semasa adalah bullish, maka plan utama masih buy. Plan jangka pendek adalah sell. Entry sell mungkin akan dibuat jika retest berlaku di bawah area 3000.00 dengan target di salah satu dari dua price atas.
Akan tetapi untuk memudahkan plan dagangan di gold ini, saya sarankan fokus buy sahaja. Tunggu price retest ke salah-satu price level(RBS) di atas dan tunggu apa reaksi seterusnya.
Timeframe untuk entry bolehlah rujuk di H1 atau H4. Untuk advance boleh rujuk M15. Entry ini saya akan kupas dalam group private sahaja.
XAUUSD H4
Berdasarkan susunan H4, ia nampak sebagai signal kepada selling. Harga diskaun sell terbaik adalah jika price retest naik semula ke area 3000.00 dan rejected. Akan tetapi pastikan stoploss berada di atas paras ini kerana jika sentimen bullish masih kuat, ia akan break dan naik tinggi lagi.
Dalam trading ini tiada istilah ia akan penat naik atau turun kerana ia bergantung kepada majoriti entry semasa dan apakah yang sedang berlaku secara fundamentalnya.
Altenatif
Di bawah paras 2900.00 dan Weekly low 2880.25 adalah stuktur untuk downtrend, oleh itu jika selloff berlaku hingga melepasi(breakout) di bawah paras ini maka overall trend sudah berubah kepada selling.
Terima kasih membaca hingga ke tahap ini, sebarang update akan saya berikan dalam group telegram public dan private. Bagi yang mahu pelajari lebih lanjut dan join group private(analisis termasuk index Yen dan USD dan key level penting major pair) bolehlah ke membership sini.
Sekian,
ADMIN
16/03/25