ANALISA GOLD MINGGU KE-3 OGOS 2024 | BULLISH
Akhirnya pada minggu lepas, price gold mencecah 2500.00, iaitu harta tertinggi baharu dalam sejarah. Ia bukan sahaja mencecah angka tersebut bahkan ditutup lebih tinggi lagi.
Berdasarkan situasi ini, dapatlah kita simpulkan bahawa bias adalah bullish ataupun trend adalah uptrend buat masa ini. Inilah yang membezakan analisa dalam blog ini dan juga signal yang diberikan dalam group telegram -semuanya adalah pada waktu market belum gerak lagi. Ia tak dinafikan punyai risiko tersendiri, namun apa yang cuba saya sampaikan adalah, kita membuat jangkaan dan plan entry sebelum market gerak.
Analisa minggu lepas >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-2-ogos-2024-masih-bullish/
Berbeza dengan so-called sifu-sifu profit di luar sana yang hanya tunjuk market yang sudah gerak LENGKAP DENGAN PROFIT luar biasa namun masih sedikit meragukan bagi saya adakah mereka juga mampu meramal harga sebelum ia gerak dan apakah plan tindakan mereka jika pasaran tak menentu?
Saya tinggalkan semuanya kepada pembaca untuk menilai. Bagi yang berminat untuk belajar dan join group VIP bolehlah ambil promosi 70% diskaun untuk sepanjang bulan ini. Sila tuntut di sini.
Pembelajaran adalah dalam bentuk nota dan juga bimbingan berterusan dari saya(inshaAllah). Ilmu yang saya berikan adalah ilmu yang perdagangan yang bukan berteraskan untuk entry layer-layer jutawan segera namun jika anda amalkan, inshaAllah dalam jangka panjang ia akan membantu.
Pada minggu lepas, price bergerak naik ke weekly high kemudian berlegar-legar sekejap sebelum ia kembali bullish dan break pula 2500.00 iaitu harga sasaran kita sejak bulan Mei lagi.
Jemputan kepada anda untuk sertai group telegram untuk dapatkan artikel dan promo terkini dari kami dan partner forex kami melalui button di bawah:
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Kita mulakan di timeframe D1, kita dapat lihat di situ harga atau candle terakhir minggu lepas engulf candle-candle sebelumnya dan ditutup tinggi. Sebatang candle ini sahaja sudah menembusi 3x top sebelumnya, menandakan kekuatan trend pasaran adalah bullish mungkin berpotensi untuk naik lagi.
Di bawah paras harga semasa adalah key support 2477.74 sebagai area RBS atau support untuk panduan buy jika price retest dan reject di masa akan datang dalam minggu hadapan.
Fokus utama adalah buy sahaja, oleh itu kita akan abaikan sell setup yang mungkin terbentuk minggu hadapan. Untuk Weekly hi dan lo pula;
- Weekly high – 2509.82
- Weekly low – 2423.89
Area Weekly high dan low ini penting kerana ia boleh membantu kita mengenal harga lebih tinggi atau lebih rendah jika ia menjejak area ini. Juga jika ditembusi, maka perubahan trend juga akan dinilai pada keadaan itu.
Kita lihat pula pada timeframe H4 untuk lihat trend-trend lebih kecil lagi untuk melihat minor SNR yang tidak kelihatan pada timeframe D1.
XAUUSD 4H
Di H4 kita akan bahagikan kepada dua bahagian untuk entry iaitu harga tinggi dan harga rendah atau murah.
Jika price membuat penurunan atau retracement, maka kita akan mencari harga murah untuk entry buy low. Akan tetapi jika ia break weekly high, maka kita akan mencari harga belian tinggi. Seperti minggu lepas, harga tinggi baharu mingguan terbentuk apabila break area weekly high.
Disebabkan waktu ini ada harga fresh baharu, maka kita jangkakan ia akan turun sekejap sebelum sambung naik semula.
Jika ia membuat penurunan, oleh itu area RBS 2477.74 atau 2458.98 sebagai area harga terendah atau termurah untuk buy low.
Target profit
Untuk target, jika ia membuat harga low, last week high atau weekly hi 2509.82 ataupun 2500.00 adalah target entry buy low. Jika membuat new high pula, target profit sesuai 2550.00.
Altenatif
Namun tidak dinafikan jika ia kembali semula di bawah paras 2450.00, dan pullback di bawah 2440.00, maka trend boleh jadi berubah arahnya.
XAUUSD LIVE CHART
AKHIR KATA
Follow trend gold berdasarkan analisa dan plan yang sudah dinyatakan, tunggu harga murah dan bersesuaian dengan risiko yang anda sanggup rugi kemudian barulah membuat entry anda. Trading ini tidak semestinya untuk kejar entry dan profit semata, tapi adalah untuk konsistensi jangka panjang termasuklah survive naik turun pasaran yang tak menentu dan akhirnya berjaya mengumpul keuntungan berterusan.
Bagi anda yang mahu mempelajari lebih lanjut kaedah analisa teknikal ini, bolehlah join membership pada harga promo bulan ini di sini dan boleh ikuti pembelajaran secara harian dan mingguan di telegram.
Sertai group telegram kami untuk update terus ke smartphone anda agar tidak terlepas update dari kami.
Sekian,
ADMIN
18/08/24