
ANALISA GOLD MINGGU KE-3 OKT 2025
Gold akhirnya mencapai ke harga tertinggi baharu di 4,000.00. Harga tertinggi ini sudah lama dijangka dan ramai trader sudah menjana keuntungan hasil dari pergerakan bullish ini. Sell bukanlah idea terbaik buat masa ini kerana momentum bullish masih kuat dan mana-mana selling wajib ditetapkan stoploss untuk halang kerugian luar biasa.
Analisa terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-2-okt-2025/
PENAFIAN: Analisa yang saya berikan ini adalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja, dan ia tidak boleh dijadikan sebagai nasihat pelaburan atau trade call anda. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian anda hasil dari menggunakan analisa ini samada secara langsung ataupun tidak langsung.
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, kelihatan gold jatuh semula di bawah paras 4,000.00 tidak lama selepas ia break paras ini. Namun akhirnya ia kembali ditutup di atas paras ini.
Sebelum itu, saya ada membuat plan untuk sell jika price rejected di bawah 4,000.00.

Rejection berlaku namun ia tak memenuhi syarat entry teknik yang digunakan oleh itu trade ini saya abaikan dan hanya fokuskan buy semula memandangkan candle bullish ditutup atas paras ini.
Gold kembali ditutup atas paras 4010.00, oleh itu saya tak akan sell gold ini melainkan hanya fokus buy sahaja atas area 4000.00 ini sekiranya rejection berlaku semula di atas ini(dengan syarat retest berulang).
Plan minggu hadapan
Lihat pada weekly dahulu, dan saya lihat trend masih bullish dan belum ada tanda-tanda hendak reversal lagi. Oleh itu selling hanyalah gamble sahaja dan buy adalah cara terbaik untuk ‘ride’ trend semasa ini.
Seperti biasa, sentiasa kawal risk dengan stoploss dan pastikan anda letakkan reward lebih tinggi dari risiko anda bertujuan untuk kekalkan anda profitable dan survive untuk jangka masa lama.

Fokus utama adalah buy sahaja.
Key support utama adalah 4,000.00 dan 4010.00. Target utama adalah 4100.00. Update terkini akan saya berikan dalam group telegram. Student-student yang mengikuti pembelajaran silakan menyertai telegram untuk tingkatkan pemahaman anda.
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
12/10/25