ANALISA GOLD MINGGU KE-3 OKTOBER 2024
Assalamualaikum dan Hi kepada semua pembaca blog pullback. Setelah bercuti lebih sebulan kini saya kembali untuk update semua analisa dan perjalanan trading gold di blog ini. Last update adalah pada bulan ogos lepas sebelum saya bercuti panjang untuk bulan lepas dan awal bulan ini. Bercuti adalah penting untuk menjaga keseimbangan dalam kehidupan selain menguruskan stress kerjaya dan kehidupan. 🙂
Artikel terakhir boleh akses di sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-2-ogos-2024/
Dalam tempoh cuti tersebut, gold bergerak bullish rally melepasi paras 2600.00 untuk mencipta all time high(ATH) sekitar 2680.00. Harga tertinggi baharu ini menandakan belum lagi berakhirnya bullish trend dalam pasaran. Oleh itu fokus utama jangka panjang kita mestilah buy sahaja selagi belum ada tanda-tanda kepada selling dalam pasaran.
Saya tak akan panjangkan cerita, oleh itu kita terus kepada analisis kita.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD H4
Untuk dapatan panduan pasaran, seperti biasa, saya akan tandakan hi dan lo minggu lepas terlebih dahulu. Weekly hi dan lo ini penting atas 3 faktor berikut;
- Petanda market hendak bergerak lebih jauh
- False trend
- Entry pullback untuk mengikuti trend
Secara teorinya jika membentuk harga tinggi baharu bermaksud akan naik lagi. Jika break dan membuat harga rendah baharu trend akan berubah. Akan tetapi pada minggu lepas, trend membuat pergerakan palsu apabila membuat new low namun gagal untuk meneruskan perjalanan. Oleh itu kita dapat simpulkan bahawa trend masih kuat untuk bullish lagi.
Untuk ini, pada minggu hadapan fokus utama kita adalah buy sahaja. Untuk sasaran utama pula, harga genap 2700.00 akan menjadi target utama.
Live chart:
Tips perdagangan
Untuk tips, perhatikan kepada market structure dan juga candlestick signal. Market structure akan membentuk SNR untuk panduan entry dan candlestick pattern sebagai entry trigger anda.
Untuk timeframe saya sarankan fokus di H4 sahaja ataupun H1 sahaja.
Anda perlukan strategi terbaik untuk analisa dan trading anda? Sila ke halaman ini untuk daftar percuma membership!
Update akan saya berikan seperti biasa di group telegram, oleh itu pastikan anda sudah subscribe ke telegram kami.
Sekian dahulu buat masa ini!
ADMIN
13/10/24