
ANALISA GOLD MINGGU KE-4 MAY 2025
Gold minggu lepas bergerak seperti dirancang. Trade mencapai sasaran yang ditetapkan dan selepas itu ia membuat sedikit correction. Overall structure dan trend masih bearish dan pada waktu ini kita dalam fasa correction atau retracement.
Cukup masanya dan jika downtrend masih valid, maka gold akan jatuh semula. Berikut adalah area-area penting yang boleh dipantau untuk dapatkan peluang entry sell.
Untuk analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-3-may-2025/
XAUUSD D1
Kita mulakan dengan analisa candlestick D1. Berdasarkan D1, 2 candle terakhir adalah inside bar. Ini adalah petanda market bakal breakout dalam waktu terdekat.

Price terakhir adalah di atas paras 3200.00 namun dalam masa yang sama juga di bawah key SNR 3237.93. Candle terakhir adalah bearish, menandakan bearish atau seller masih dalam pasaran sebelum sesi ditutup.
Ada kemungkinan tinggi jika candle bounce di bawah 3237.93 nanti, ia akan jatuh semula. Weekly low 3120.76 akan menjadi target terdekat jika sell trigger nanti. Akan tetapi jika price break atas, Weekly high dan BRN 3300.00 adalah area sell limit untuk selling high.
XAUUSD H4
Di H4 kita boleh gunakan EMA21 dan EMA50 sebagai dinamik SNR untuk entry. Berdasarkan kedudukan EMA, EMA50 adalah terdekat dan berpotensi menjadi area resistance penting untuk selling.
Apa yang perlu dibuat adalah, nantikan retest ke area ini dan sell jika signal entry terbentuk.

Stoploss area adalah di atas EMA50 ini kerana jika break, price mungkin akan mencari weekly high 3325.39 ataupun BRN 3300.00.
Sell sekali lagi boleh dibuat jika rejection terbentuk di area ini. Target terdekat adalah BRN 3200.00 ataupun Weekly low 3120.76.
Jika minggu hadapan berlaku strong bearish dan selling, maka tidak mustahil new low akan terbentuk dengan 3000.00 akan menjadi target utama sellers.
ALTENATIF
Break weekly high 3325.39 adalah penting untuk melihat potensi bullish semula gold dan jika ia retest dan pullback, maka potensi untuk ia naik lebih tinggi adalah lebih baik lagi.
EMA21 dan EMA50 akan bersilang bermula di H1 dan seterusnya H4 sebagai menandakan perubahan arah trend dari bearish kepada bullish.
Akhir kata
Sebarang update akan saya berikan dalam group telegram, oleh pastikan mengikuti followup analisa ini melalui group telegram. Selain gold, signal pair lain seperti EURUSD, GBPUSD, USDJPY juga saya berikan sesuai setup yang ada pada waktu tersebut.
Bagi yang nak mendapatkan nota sila ke halaman ini >> https://cspro.pullbackforextrading.com/daftar
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
18/05/25