
ANALISA GOLD MINGGU KE-4 OKT 2025
Gold mencatatkan ATH lagi namun ia membuat penurunan sebelum sesi penutupan market minggu lepas. ATH baharu dicatat pada 4380.99 sebelum ia membuat penurunan ke 4200.00 semula.
Secara keseluruhan ia masih lagi bullish kerana belum ada lagi reversal structure iaitu higher-low terbentuk di H4 dan juga daily. Oleh itu, ia masih dikira bullish lagi, selagi itu, buy masih fokus utama.
PENAFIAN: Analisa yang saya berikan ini adalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja, dan ia tidak boleh dijadikan sebagai nasihat pelaburan atau trade call anda. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian anda hasil dari menggunakan analisa ini samada secara langsung ataupun tidak langsung.
XAUUSD H4
Timeframe dalam fokus masih lagi H4 sebagai TF utama kerana di D1 dan Weekly tidak nampak sebarang intermediate SNR untuk dijadikan panduan entry atau panduan melihat reversal structure.
Di H4 pada ketika ini hanya nampak price membuat pullback di atas 4200.00 sebelum sesi ditutup minggu lepas.

Walaupun berlaku penurunan drastik namun saya percaya ia adalah didorong oleh profit taking dan hanya bersifat sementara. Ia hanya dikira reversal yang sah jika price break lagi di bawah 4200.00 kemudian retrace naik kemudian break lagi low terdekat. Ia seterusnya akan membentuk higher-low, lower-low, retrace naik kemudian buat semula new low. Ini jika berlaku maka trend dalam downtrend dan fokus utama akan bertukar kepada selling sahaja.
Plan buat masa ini
Plan utama masih lagi buy dan entry diutamakan apabila ia retest dan reject di number genap seperti 4200.00, 4300.00 dan 4400.00. Jika tiada arah yang jelas, saya akan stay away sahaja.
Long term target adalah di 4500.00.
Untuk sebarang update saya akan kemaskini dalam group telegram, oleh itu untuk terus belajar bersama kami pastikan anda sudah mengikuti channel percuma telegram kami.
Sekian dahulu buat masa ini,
ADMIN
19/10/25