
ANALISA GOLD MINGGU KE-5 APRIL 2025
Gold minggu lepas berlaku penurunan setelah mencecah 3500.20, namun sebelum sesi dagangan ditutup, berlaku sedikit kenaikan menandakan berlakunya profit taking.
Analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-4-april-2025/
XAUUSD D1
Jika diperhati betul-betul, overall trend adalah bullish dan masih uptrend. Jika trend masih kekal, maka harga semasa ini hanyalah diskaun untuk buy low sebelum ia sambung menaik semula.

Price 3400.00, angka genap terdekat kini bertindak sebagai resistance price.. Jika masih uptrend, maka price perlu uji semula area ini pada minggu hadapan. jika gagal break, kita akan melihat kejatuhan semula ke area 3300.00 atau Weekly Low 3260.19.
XAUUSD H4
Apabila dilihat di H4, 3368.74 adalah resistance terdekat sebelum ke 3400.00. Jika gagal menembusi area ini maka price akan jatuh semula. Jika tembus maka 3400.00 adalah area penting sebelum ia kembali kepada long term uptrend.
Secara keseluruhannya di H4, kelihatan pattern Head and Shoulder dan Weekly low minggu lepas sebagai neckline.

Jika neckline ini break, tunggu price buat pullback untuk entry sell sesuai dengan structure yang sedia ada.
Kesimpulan
Gold mungkin ada potensi untuk reversal, namun syaratnya mestilah samada ia rejected di bawah 3368.74 ataupun 3400.00, atau break neckline di Weekly low. Akan tetapi jika price break 3400.00 dan terus pullback atasnya, maka ia memberi confirmation untuk trend kembali meneruskan uptrend berdasarkan overall trend semasanya.
ADMIN
27/04/25