
ANALISA GOLD MINGGU KE-5 SEPT 2025 DAN AWAL BULAN OKTOBER
Bulan septermber bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan gold kini menghampiri 3800.00 pada minggu lepas. Ia sedikit retrace namun dipenhujung minggu gold masih kekal ditutup bearish, menandakan masih ada potensi untuk naik lagi. Selagi itu, selling bukanlah favor utama. Plan minggu lepas sukses untuk buy cuma ia tak menyentuh sasaran 3700.00
Untuk analisa minggu lepas sila ke sini ANALISA GOLD MINGGU KE-4 SEPT 2025
Rumusan Minggu Lepas (Gold Bullish)
- Kelemahan USD
- Data ekonomi US seperti PMI dan tuntutan pengangguran keluar lebih lemah dari jangkaan ? beri tekanan kepada USD.
- Pasaran mula mengira semula potensi rate cut Fed lebih awal, menyebabkan Dollar melemah dan Gold mendapat sokongan.
- Kejatuhan Hasil Bon US (Treasury Yields)
- Yield 10-tahun turun selepas komen dovish beberapa ahli Fed.
- Bila yield jatuh, kos peluang memegang emas lebih rendah ? pelabur beralih kepada Gold.
- Sentimen Geopolitik
- Ketegangan berterusan di Timur Tengah & konflik Rusia-Ukraine meningkatkan permintaan emas sebagai aset selamat.
- Permintaan Safe-Haven & Risk-Off Mode
- Walaupun indeks saham US (Wall Street) cuba bertahan, ketidaktentuan pasaran global menyebabkan pelabur cari lindung nilai di Gold.
XAUUSD H4
Fokus utama masih lagi buy sebab tiada structure yang menyokong kepada selling, oleh itu fokus utama tetaplah buy sahaja.

Di H4 minggu lepas price sedikit rebound dan membentuk SNR untuk menjadi panduan buy jika ia retest dan reject disitu. Namun saya tak menolak kemungkinan ia akan naik dan breakout lagi. Oleh itu mungkin tiada peluang buy low jika ia berlaku.
Semakin gold bullish maka semakin tinggi potensi untuk ia ke 4,000.00 cuma persoalannya, adakah tahun ini atau sebaliknya.
Untuk mudah, fokus sahaja buy dan cari buy yang memberikan risiko kecil. Di sebabkan gold di all time high, jadi tak banyak yang boleh diulas kecuali hanya fokus buy dip sahaja dan skip selling.
Minggu hadapan ada news besar, boleh rujuk ke www.forexfactory.com untuk senarai news untuk jadi panduan analisa fundamental anda.
Sebarang update saya akan berikan dalam telegram, pastikan anda sudah subcribe ke situ.
Hingga jumpa lagi,
Sekian,
ADMIN
27/09/25