ANALISA GOLD MINGGU KELIMA JANUARI 2025 | DOUBLE TOP DI ATH
Minggu lepas gold bergerak uptrend seperti yang dianalisa sebelum ini. Petunjuk kenaikan ini pula sudah dapat dilihat lebih awal berdasarkan pattern triangle sebelum ini. Inilah kelebihan mahir analisa teknikal, kita boleh melihat potensi jauh lebih ke depan.
Untuk rujukan, link saya berikan di bawah;
Triangle: https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ketiga-januari-2025/
Kenaikan selepas breakout: https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-keempat-januari-2025/
Buat masa ini price atau candlestick sudah berada di ATH(All Time High) atau historical high untuk gold yang terbentuk pada 30 dan 31 oktober tahun lepas.
Apapun sebelum lanjutkan, jom sertai group signal low risk high reward kami di bawah:
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk signal trading percuma dan update terkini dari kami terus ke smartphone anda!. Klik sini untuk menyertai!
HARGA TERTINGGI TAHUN LEPAS
Gold kini di paras tertinggi tahun lepas iaitu di closing price 2787.59 dan kini dijejak semula awal tahun ini. Untuk masa ini bias masih bullish dan trend adalah uptrend, namun di major resistance terutama di ATH atau historical high seperti ini, ada risiko ia bakal jatuh semula jika tiada kekuatan untuk terus mendaki naik.
Akan tetapi new historical high akan terus terbentuk jika price terus mempunyai momentum untuk terus naik lagi. Untuk plan minggu ini plan akan terbahagi kepada dua iaitu buy dan sell.
Syarat akan ditetapkan sebagai gameplan untuk trade gold minggu hadapan.
TIMEFRAME
Plan atau trade setup boleh dibuat berdasarkan price action di H4 ataupun H1. Entry pula boleh dibuat di H1, M30, M15 ataupun M5. Sesuatu plan biasanya saya akan update di group signal telegram pullback.
PLAN BUY:
Plan buy terbahagi kepada dua iaitu;
- Buy jika New ATH terbentuk. Tapi ia akan sedikit high risk.
- Buy jika price jatuh ke RBS terdekat kemudian rejected.
Entry buy yang paling baik adalah jika price drop ke 2716.40 kerana ia lebih ideal untuk buy berdasarkan structure trend.
Entry buy di atas new high pula ada risiko untuk terkena bull trap andaikata ia jatuh semula. Oleh itu elakkan mengambil risk berlebihan di atas paras ATH ini.
PLAN SELL:
Plan sell sebenarnya lebih logik buat masa ini kerana kedudukan candle terakhir minggu lepas berada di bawah paras ATH. Namun bukanlah bermaksud anda boleh sell serta merta hanya dengan alasan seperti ini.
Confirmation adalah penting sebelum membuat sebarang plan. Oleh itu untuk sell, saya perlukan bearish engulfing atau massive selloff berlaku dahulu diikuti retracement naik untuk saya sell high sesuai price reaction itu.
Target utama adalah RBS 2716.40. Plan buy boleh trigger jika price gagal untuk break area ini. Oleh itu plan buy dan sell boleh dilaksanakan dalam waktu ini.
Apa-apapun, waktu ini sudah sampai ke penghujung bulan, dan macam-macam hal boleh berlaku, risk mungkin berganda-ganda andaikata price atau trend lebih ‘memilih’ untuk sideways berbanding trending. Oleh itu sebagai trader yang bijak dan bukan penjudi, elakkanlah terlalu bias dalam membuat keputusan dan elakkan trading secara beremosi.
Akhir kata
Segala update akan saya berikan dalam group telegram kerana ia lebih cepat untuk saya sampaikan update, oleh itu pastikan anda menyertai group telegram kami.
Jika anda ingin terus menyokong saya dalam memberikan content-content bermanfaat seperti ini, pastikan anda bernaung di bawah saya melalui pautan dan aff code di bawah;
XM: https://pullbackforextrading.com/go/xm-malaysia/
JUSTMARKETS: https://pullbackforextrading.com/go/justmarkets-malaysia/
HF MARKETS: https://pullbackforextrading.com/go/hfm-malaysia/
Partner code(jika sudah mempunyai akaun di broker di atas);
XM: H2T2T
HFM: 30871760
JM: qq3cs09tvt
Untuk akaun HFM dan JM, rebate trading adalah 30%. Jika deposit lebih USD1K, rebate adalah 50%. Sila PM saya di tele untuk setkan rebate 50% ini.
- Minimum deposit adalah USD50 untuk rebate default 30%.
- Group belajar private saya sediakan utk pelajari strategy/teknik ini untuk major pair(EU, GU, AU, UJ, UCAD) dan juga analisa mirror terhadap USD Index(DXY) dan Yen index(JPYX) khas untuk anda yang bernaung di bawah saya.
Sekian,
ADMIN
26/01/25