
ANALISA GOLD MINGGU KETIGA FEBUARI 2025
Minggu ni ada kelewatan sedikit untuk analisa teknikal mingguan memandangkan saya sedikit sibuk dengan urusan bukan berkaitan trading tetapi update kekal di berikan dalam group telegram seperti biasa.
Gold masih bullish seperti sebelum ini cuma pada minggu lepas ia ditutup sedikit menurun ke key snr 2885.15 dan semalam ia kembali bullish diikuti awal pagi tadi masih meneruskan pergerakan naik. Untuk analisa lepas sila ke sini > https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-kedua-febuari-2025-2900/
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk signal trading percuma dan update terkini dari kami terus ke smartphone anda!. Klik sini untuk menyertai!
Hari ni 18hb febuari dan berikut update untuk pair gold/usd.
XAUUSD H4
Pada waktu ini price atau candle masih di antara 2942.78 dan juga 2900.00. Awal pagi tadi ada pergerakan bullish dan price kembali di atas 2900.00 semula. Level psikologi ini kembali menjadi support dan buying kemungkinan akan berlaku jika ia retest semula dan rejected atas paras ini.
Dua major resistance berada di 2942 dan 2935 di mana ia akan menjadi rintangan utama untuk price naik lebih tinggi jika ia berjaya tembusinya.
Target jangka panjang adalah 3000.00 yang nampak tak mustahil untuk dijejak dalam tahun ini.

Untuk waktu terdekat ini kita hanya akan fokus buy dan exit jika price menjejak 2935.31 ataupun Weekly high di 2942.78.
Kita hanya akan react kepada situasi semasa berbanding cuba predict arah pasaran ini adakah ia akan ke 3000.00 ataupun tidak.
Jika break atas weekly high, sudah tentu target utama adalah di 3000.00(psikologi number) ini. Tapi jika gagal, maka kita akan tunggu structure downtrend atau sell setup terbentuk di bawah Weekly high untuk selling trade.
Sebarang update akan menyusul di group telegram termasuklah update signal untuk pair-pair lain.
Sekian,
ADMIN
18/02/25
credit: Tradingview