ANALISA GOLD MINGGU PERTAMA JUN | MASIH BEARISH
Gold pada minggu lepas bergerak sideways sementara menujuk ke hari penutup bulan Mei. Trend masih kekal bearish namun tiada new low dicatatkan kerana price hanya kekal di Weekly low 2328.55 dan tidak menembusinya.
Untuk analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-5-trend-reversal/
Dapatkan update dan signal terus ke smartphone anda!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Berdasarkan trend jumaat lepas, trend masih bearish dan cs terakhir adalah bearish. Disebabkan situasi ini, maka bias trend adalah bearish maka trading plan kita adalah sell sahaja.
Di bawah last week low, terdapat 2300.00 sebagai area major support yang wajib price uji jika ia membuat penurunan. Berdasarkan history lepas ia adalah area price bounce, oleh itu ada kemungkian reversal menaik akan berlaku jika ia gagal ditembusi nanti.
Minggu pertama setiap bulan biasanya ada pengeluaran data NFP yang memberi impak pada matawang Dolar, oleh itu kita akan mengambil kira ini sebagai faktor penting untuk membuat trade selepas news itu nanti. Trend dikira kekal downtrend jika price terus menembusi paras 2300.00 ini semasa atau selepas news nanti andaikata tiada new low sebelum news itu nanti.
Akan tetapi boleh jadi selepas news nanti jika USD atau Dolar melemah, XAUUSD dan juga matawang major utama lain akan naik. XAUUSD yang mengukuh akan membawa sekali matawang major yang lain.
XAUUSD 4H
Di H4, kita akan menyambungkan fibonacci retracement untuk mendapatkan area potensi kenaikan sebelum ia meneruskan penurunan. Area ini saya panggil sebagai area discount untuk harga lebih baik semasa entry.
Sebagai peniaga sudah tentu kita mencari harga murah untuk membeli dan harga mahal untuk menjual. Dengan cara ini kita boleh membuat keuntungan. Oleh itu dalam situasi yang sama, memandangkan plan kita adalah sell, oleh itu harga lebih tinggi adalah keutamaan kita dan untuk menjana keuntungan, of course, kita perlu menutupnya pada harga lebih rendah.
Dengan menggunakan alatan analisis fibo retracement dan juga trendline, kita dapat mengenalpasti harga tertinggi untuk membuat jualan nanti.
Level utama adalah 61.8 dan juga 50.0. Area confluence penting adalah pertembungan fibonacci level dengan trendline. Jika terbentuknya candle rejection pada pertembungan fibo dan trendline, entry sell juga dikira terbentuk dan valid diambil sebagai entry point anda.
Untuk target, 2300.00 sebagai number psikologi dan target utama. Selain itu menggunakan fibo TP juga boleh membantu anda mendapatkan sasaran TP anda. Sila ke halaman ini untuk membaca mengenai FIBO TP.
TEKNIK FIBO TP – KLIK SINI
Plan Altenatif
Plan selain sell sudah pasti adalah buy dengan syarat berikut;
- Break last week high 2364.13
- Pullback atas 2364.13
- Break dan pullback atas trendline
Akhir kata
Rumusan trading plan minggu hadapan;
- Plan utama adalah sell
- Fibo retracement level sebagai area entry sell high
- Pertembungan atau conluence antara fibo retracement dengan trendline sebagai potensi entry
- 2300.00 sebagai target utama
- Kaedah Fibo TP untuk menentukan take profit level
Plan altenatif adalah buy jika break trendline ataupun last week high.
Sekian buat masa ini.