APA ITU MARKET MAKER? ADAKAH IA SCAM?

Market maker(pembuat pasaran) ialah pengantara kewangan yang bersedia untuk membeli atau menjual aset dengan terus menyebut harga bida(BID) dan permintaan(ASK) yang boleh diakses oleh pedagang lain atau peserta berdaftar platform dagangan.

Market maker ialah individu atau institusi yang membeli dan menjual sejumlah besar aset tertentu untuk memudahkan kecairan.

Market maker yang memberikan kecairan pada pasaran ini ialah syarikat atau individu yang membeli harga bida dan permintaan mana-mana komoditi atau produk kewangan untuk memperoleh keuntungan daripada spread bida/ask. Walaupun market maker adalah pembekal kecairan namun ia berbeza dengan maksud sebenar liquidity provider. Sila ke pautan ini untuk memahami perbezaan dua istilah ini.

Anda boleh ke pautan ini untuk artikel bid dan ask;

sumber foto : internet

Oleh itu ‘market maker’ dalam erti-kata sebenar tiada kaitan langsung dengan scam.

Jadi, jika macam tu siapalah sebenarnya scammer dimaksudkan?? Scammer yang dimaksudkan tidak lain adalah broker market maker.

Broker market maker SCAM?

Istilah SCAM sebenarnya lebih tepat kepada broker bucketshop yang menggunakan system B-Book di mana order pelanggan tidak dihantar ke pasaran sebenar melalui liquidity provider. Sebaliknya order disimpan dalam satu tempat kemudian dimanipulasi oleh broker tersebut. Broker bucketshop ini juga dikenali sebagai broker marker maker. Mereka akan mempunyai mark-up price quotes tertentu untuk pelanggan mereka yang berbeza dengan pasaran sebenar.

Broker jenis ini adalah ‘market maker’(kerana menyediakan mark up price kepada pelanggan) tetapi bukanlah market maker sebenar seperti bank, funds atau institusi kewangan yang menyediakan kecairan pasaran. Oleh itu ia akan sedikit mengelirukan.

Matlamat adalah satu, iaitu membuatkan pelanggan mereka rugi. Selain itu, mereka juga menggunakan kaedah kawalan risiko tertentu seperti hedging supaya broker berkenaan sentiasa keuntungan.

Baca >>  5 TANDA AKAUN ANDA AKAN MC TIDAK LAMA LAGI WALAUPUN BARU SAHAJA DIBUKA

Melakukan sesuatu yang buruk dan merugikan pelanggan atau trader sudah tentu adalah SCAM!

Untuk makluman anda, broker jenis ini biasanya akan menghadapi kesukaran membayar withdrawal pelanggan mereka apabila sudah mula kekurangan pelanggan baru. Selain itu mereka juga biasanya akan lesap dan tutup website broker dan melarikan diri. Tanda-tanda awal broker yang anda gunakan adalah bucketshop/scam broker adalah withdrawal mula lambat dan alasan demi alasan akan timbul untuk melengahkan proses tersebut.

Taktik bucketshop broker untuk merugikan pelanggan mereka adalah seperti;

  1. Stoploss hunting(menaikkan spread atau pips agar terkena SL)
  2. Delay order/Requotes melampau
  3. Manipulasi price
  4. Masalah server tak masuk akal
  5. GAP, Spike serta candle aneh pelik berbeza dengan broker lain

Broker akan menggunakan perisian khas untuk kenalpasti ciri-ciri pelanggan mereka yang untung dan rugi serta total deposit mereka.

Broker scam ini biasanya punyai target keuntungan tertentu dan akan berada dalam pasaran dalam tempoh masa tertentu yang biasanya singkat sebelum menghilangkan diri dan website akan hilang lesap.

Note: banyak rungutan tak dibayar withdraw boleh dicari di laman sosial.

Real Market Maker

Market maker ialah peserta pasaran yang membeli dan menjual sejumlah besar aset tertentu untuk memudahkan kecairan dan memastikan kelancaran pasaran kewangan.

Seseorang individu(sesiapa pun) boleh menjadi market maker, tetapi disebabkan kuantiti setiap aset yang diperlukan untuk membolehkan volume dagangan yang diperlukan, Market maker biasanya merupakan institusi yang besar.

Market maker akan mempunyai jumlah tertentu aset (atau aset) yang mereka uruskan.

Dengan memaparkan sebut harga beli dan jual dan melaksanakan dagangan pada harga tersebut dengan pantas, Market maker boleh mencipta cara yang mudah untuk meletakkan dagangan.

Baca >>  TIPS TRADING SANTAI DAN PROFITABLE - LUPAKAN MENJADI FTT

Mereka paling biasa dalam perdagangan saham tetapi juga boleh bertindak di pasaran lain.

Jika kita mengambil contoh pasaran saham, Market maker hanya boleh menjual bilangan saham yang mereka boleh perolehi sendiri.

Walau bagaimanapun, mereka diwajibkan untuk memenuhi Saiz Pasaran Biasa (Normal Market Size/NMS), bilangan minimum sekuriti, yang berbeza-beza mengikut saham.

Maksud sebenar Market maker adalah berasal daripada amalan menetapkan harga pasaran pada tahap yang diperlukan untuk penawaran dan permintaan untuk mencari keseimbangan.

Apabila pasaran menjadi tidak menentu, Market maker perlu kekal stabil dan terus bertanggungjawab ke atas prestasi pasaran, yang membukanya kepada sejumlah besar risiko.

Inilah sebabnya mengapa Market maker membuat wang mereka dengan mengekalkan spread pada aset yang membolehkan anda berdagang, untuk mengimbangi risiko membeli aset yang mungkin menurunkan nilai.

Orderbook

Orderbook disediakan oleh broker untuk pelanggan mereka. Ia terbahagi kepada dua iaitu A-Book dan B-Book. Orderbook adalah proses pertama order flow pelanggan sebelum di hantar kepada market maker.

Topik ini akan saya ulas lebih lanjut di artikel ini >> https://pullbackforextrading.com/apa-itu-a-book-dan-b-book-yang-digunakan-oleh-broker/

Siapakah pemain utama dalam market maker?

Terma market maker adalah merujuk kepada mereka yang ‘membuat pasaran’ ini iaitu seperti bank, pengurus dana besar dan juga institusi kewangan yang menjadi tunjang kepada pasaran FOREX MARKET. Mereka mempunyai sejumlah dana yang sangat besar di bawah pengurusan mereka bagi menetapkan kadar perolehan tertinggi dalam pasaran forex. Tanpa mereka, pasaran forex ini mungkin tidak wujud.

Pemain utama ini membeli dan menjual sejumlah besar aset, memberi kesan kepada kadarnya dan memanfaatkan perbezaan.

Bagaimanakah Market Maker membuat keuntungan?

Untuk mengimbangi risiko membeli aset yang mungkin menurunkan nilai, market maker akan mengekalkan spread pada aset yang membolehkan anda berdagang.

Baca >>  FIBONACCI KREATIF?

Sebagai contoh, market maker boleh menawarkan untuk membeli 100 ekuiti daripada anda pada $10 setiap satu (harga permintaan), dan kemudian menawarkan untuk menjualnya kepada pembeli pada $10.02 (harga bida).

Walaupun ini hanya perbezaan $0.02, dalam dagangan volume tinggi, keuntungan akan meningkat setiap kali transaksi bertambah di masa akan datang.

ADMIN
14/12/21

sumber rujukan 1

sumber rujukan 2

[TAWARAN MENARIK] MODAL PERCUMA $50 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX – TAK PERLU BUANG DUIT MELABUR!!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $50 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $50 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 1000:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com