ASAS FOREX YANG DILUPAKAN – CARA SEBENAR TRADING FOREX
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca..
Sebut sahaja mengenai price action, pasti ramai trader sudah mengetahui mengenainya. Naked chart, chart pattern, SNR dan Candlestick adalah antara topik utama yang sering dibincangkan sebagai asas utama kepada forex trading. Ia betul tapi ada lebih betul dari itu. Kerana apa yang disenaraikan di atas cumalah sebahagian sahaja.
Berapa ramai pembaca blog pullback yang mengutamakan ‘price’ dalam trading seharian? FOREX trading, adalah berasal dari Foreign Exchange yang bermaksud tukaran matawang asing di mana PRICE atau harga adalah keutamaannya. Dalam trading ini sesuatu level Support dan Resistance(SNR) adalah berkait-terus dengan price kerana SNR itu adalah price itu sendiri.
Pernahkah terfikir kenapa garisan SNR itu merujuk kepada price? Kerana price itulah yang didagangkan di pasaran!
Cuba fikirkan mengenai candlestick pula, fikirkan, kenapa adanya open high low dan close? Jawapannya sudah tentulah candlestick itu juga adalah mewakili price pada waktu tersebut.
Lihat pula berikut;
Kesemua price action yang dibulatkan adalah berhenti dan reverse secara tepat di spesifik price number yang dikenali sebagi big round number iaitu nombor genap. Adakah ia kebetulan?
Psikologi price level
Level price yang anda lihat di atas adalah number psikologi di mana kita dapat lihat secara tepat berlaku sesuatu apabila price sampai di kawasan harga ini samada break atau reject.
Inilah bukti bahawa dalam forex trading, sesuatu naik turun adalah kerana terdapatnya minat pembeli dan penjual tepat di price level tertentu seperti 1.0000, 1.1000, 1.2000 dan seterusnya. Sesuatu price level itu menggambarkan terus apakah minat majoriti trader apabila sesuatu matawang itu sudah mencecah sesuatu nilai sebagai contoh EURUSD mempunyai rekod tukaran tertinggi pada 1.6000 pada tahun 2008. Selepas itu apa yang berlaku adalah EURUSD jatuh kerana tiadanya minat untuk membeli lebih tinggi di atas 1.6000 ini. Clue kepada selling dapat dilihat melalui formasi candlestick.
EURCHF dan 1.2000 CAP PRICE
Andaikata masih tidak yakin, lihat saja apa yang berlaku pada EURCHF di januari 2015 apabila SNB buang harga kawalan 1.2000 terhadap EURO? kenapakah ia spesifik 1.2000? Jawapannya kembali kepada perdangangan forex ini adalah berkait terus kepada harga!
sumber: https://www.marketpulse.com/20150115/snb-causes-chf-flash-crash-game-changer/
Kesimpulan
Fokus artikel kali ini lebih kepada memperbetulkan asas utama kepada trader iaitu trading janganlah terburu-buru mengikuti signal, tetapi cuba terapkan price level di dalam trading.
Dengan mengutamakan price level, anda boleh mengenal-pasti spesifik price level yang penting dan boleh membantu anda profitable dalam trading.
Kenal-pasti price level penting, seterusnya kenal-pasti candle pattern. Itu sudah cukup untuk memberikan profitable trade yang banyak. Nak trading yang santai, gunakan saja Timeframe Weekly ataupun Daily.
Join hari ini > Membership Pullback CSPRO
Okey, sekarang mungkin ada yang fikirkan bagaimana jika gunakan M5, M15, M30…. H1, H4…
Boleh, tapi ada risiko false break ataupun false signal. So saya pun tak berapa galakkan. Dari buang masa cutloss/Stoploss sebab signal kurang berkualiti ni kenapa tidak ambil sahaja timeframe daily dan buat keputusan trade hari ini berdasarkan apa yang berlaku semalam di price level tersebut? Lebih mudahkan. kerja tak banyak tapi untung banyak.
Anda boleh ke artikel di bawah ini untuk baca mengenai candle reward ratio.
BACA : https://pullbackforextrading.com/pin-bar-trading-signal/
Sekian dulu dari saya. Semoga maju jaya!
ADMIN
04/07/19