Asas paling penting trading full margin
Salam sukses semua pembaca!
Trading full margin adalah antara skill trading yang paling diminati oleh trader. Ramai trader berjaya menggandakan akaun dalam masa singkat dan tak kurang juga berjaya memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh broker tempatan.
Umumnya ramai yang tahu dan mencari mengenai teknik atau strategi entry. Namun sebenarnya selain dari itu ada lagi asas-asas lain yang wajib juga dicari dan dikuasai selain belajar teknik entry sahaja.
Perkara-perkara yang bakal anda baca selepas ini adalah sangat penting dan mungkin lebih penting dari mencari teknik semata-mata.
Berikut adalah perkara tersebut.
Trading full margin wajib fahamkan leverage
Memahami konsep leverage dan modal adalah asas paling utama sekali. Adalah penting untuk faham dua perkara ini agar tidak stopout awal ketika floating loss dan paling penting tahu memanfaatkannya setelah loss.
Leverage besar bermakna anda tak perlu modal besar. Maka risk anda secara tidak langsung hanya sebesar modal anda sahaja. Trader yang bijak memanfaatkan leverage sering kali berjaya menjana untung besar dengan modal kecil.
Leverage adalah sangat bahaya jika anda membuka akaun besar dan memilih leverage besar. Oleh itu elakkan dari melakukannya walaupun anda sukses pada akaun kecil kerana itu adalah tanda-tanda anda menghampiri tamak.
Trading full margin adalah mengenai Risk Reward Ratio
Dalam trading, bukan sahaja penting untuk tentukan reward, tetapi juga risk. Trading full margin bukanlah setakat membuka entry lot besar ataupun entry layer banyak hingga skrin penuh hijau. Tetapi juga risk yang bakal dihadapi jika plan tersebut gagal.
Apakah anda akan buat dan boleh buat jika plan tersebut gagal?
- Adakah anda masih boleh trade lagi?
- Adakah anda perlu topup lagi?
- Atau, adakah teknik anda itu tidak profitable.?
Jika akaun anda masih berbaki selepas loss, tidak perlu topup modal, maka anda sedang menggunakan strategi yang bagus dan bakal profitable di masa akan datang.
Jika anda sering topup, itu petanda mungkin anda bakal lebih banyak loss dan sudah dikuasai emosi. Teknik anda mungkin tidak profitable atau anda sememangnya perlu berhenti sebentar dari live trading.
Dalam ebook Money management saya telah sediakan jadual perancangan modal bermula dari $1 dollar hinggalah ke $1K USD. Ini bermakna tidak kira berapa pun modal anda bermula, jika ia margin call hingga ke $1 USD, anda masih boleh bertrading lagi.
Sila ke laman ini untuk muat-turun : download
Buat withdrawal modal kemudian withdraw untung
Apabila akaun anda sudah mencapai 100% gain atau ROI(Return On Investment), jangan lupa withdraw modal anda. Ini akan membantu anda trading lebih santai dan bakal lebih profitable lagi.
Jika anda tidak membuat withdraw, kemudian trading plan anda gagal dan akaun anda margin call, secara tidak langsung ia akan menganggu psikologi anda.
Anda akan berasa menyesal, marah dan ingin membalas dendam. Oleh itu jangan lupa withdraw apabila sudah untung. Secara tidak sedar anda sebenarnya melatih diri anda untuk bukan sahaja profitable tetapi juga bijak. Jika plan gagal, atleast anda boleh bermula semula kan?
Jadi trader bijak. Breakeven!
Jika anda membuat withdrawal modal setelah akaun mencapai 100% ROI, itu juga adalah breakeven. Tetapi jika entry anda sedang floating profit, anda juga boleh breakeven. Caranya adalah ubah SL ke entry price anda dan kini risk trade itu telah dihapuskan. Trading anda akan lebih santai dan tiada risiko.
Trading full margin wajib…berani ambil risiko!
Kalaupun anda belajar dengan George Soros tetapi takut mengambil risk, anda tidak akan ke mana-mana. Trading full margin mestilah mempunyai jiwa kental dan tidak takut kepada risk. Usaha anda mestilah konsisten barulah hasil anda juga konsisten.
Jika anda sudah fahami risiko dan tahu apa yang perlu dibuat jika plan gagal(seperti yang diterangkan di awal artikel ini), maka tiada alasan anda perlu takut mengambil risiko.
Trading full margin mestilah ada keberanian mengambil risiko. Akan tetapi janganlah ambil risiko tidak bertempat, nanti MC bersusun-susun pula. Alasannya, nak ambil risk.
Okeylah,
Sampai di sini dulu artikel kali ini. Semoga sedikit sebanyak boleh menjadi input kepada pencari tegar teknik full margin tak kiralah yang baru nak cari atau yang sudah tahu tapi masih nak menambah baik skill entry anda.
Sebelum mengakhiri artikel ini saya ingin menjemput anda untuk pelajari dan mencuba sendiri kaedah full margin yang saya sudah sediakan dalam bentuk nota, dan juga group live trade sekali. Anda boleh akses di sini.
So, sampai di sini dahulu.
Sekian,
ADMIN
14/06/19