
Bahaya Broker Tak Berlesen: Perangkap Yang Ramai Trader Terjebak
Dalam dunia trading yang semakin popular, semakin ramai individu mula melibatkan diri dalam pasaran forex dan kripto. Namun, tidak semua menyedari bahawa memilih broker yang salah — terutamanya broker tak berlesen — boleh membawa padah besar. Artikel ini membongkar bahaya sebenar berurusan dengan broker yang tidak dikawal selia oleh badan kewangan yang sah.

1. Tiada Perlindungan Undang-Undang
Broker berlesen tertakluk kepada pengawasan badan pengawalseliaan seperti ASIC, FCA, CySEC dan lain-lain. Broker tak berlesen bebas melakukan apa saja tanpa tindakan undang-undang yang berkesan.
2. Risiko Pengeluaran Disekat
Ramai trader mengadu akaun dibekukan selepas untung besar. Broker pula akan cari macam-macam alasan untuk sekat pengeluaran terutamanya peraturan bonus. Selain itu broker scam yang bakal melingkup biasanya tidak akan membayar withdraw dan hanya akan bagi alasan demi alasan untuk mengelak.
3. Manipulasi Harga & Spread
Broker scam boleh manipulasi carta, trigger stop loss awal, atau naikkan spread secara tiba-tiba untuk menyedut modal anda perlahan-lahan.
4. Bonus & Promosi Menjerat
Mereka tawarkan bonus besar, tetapi dengan syarat tersembunyi seperti perlu trade lot gila-gila sebelum boleh keluarkan duit. Ini hanyalah perangkap untuk mengikat trader.
5. Platform Trading Palsu
Sesetengah broker scam guna platform tiruan yang hanya menunjukkan angka — hakikatnya tiada trade sebenar dilakukan ke pasaran. Platform mereka bukanlah MT4 atau MT5 metaquotes, tetapi perisian dagangan yang sedikit mencurigakan.
6. Sokongan Pelanggan Hilang Selepas Deposit
Sebelum deposit, mereka sangat aktif melayan. Selepas deposit, mula lambat respond atau hilang terus. Anda tiada tempat untuk mengadu.
7. Operasi Melalui WhatsApp & Telegram
Broker tak sah sering beroperasi melalui group tanpa website rasmi. Mereka pamerkan testimoni palsu, screenshot profit, dan janji manis untuk meyakinkan mangsa.
8. Meniru Nama Broker Terkenal
Ada yang guna nama hampir sama dengan broker popular. Contoh: “XM-Funds.vip” atau “FBSofficial.net”. Mereka tiru logo dan nama, tapi hakikatnya scam.
9. Guna Akaun Bank Peribadi
Jika anda diminta deposit ke akaun peribadi (bukan atas nama syarikat), itu petanda penipuan. Broker sah akan guna akaun atas nama syarikat berdaftar.
Kesimpulan: Jangan Ambil Mudah Soal Broker
Pilih broker yang betul sangat penting. Jangan kerana nak cepat kaya, kita serahkan duit kepada scammer. Sentiasa semak lesen broker di laman rasmi badan pengawalseliaan seperti:
- FCA (UK): https://register.fca.org.uk/
- ASIC (Australia): https://connectonline.asic.gov.au/
- CySEC (Cyprus): https://www.cysec.gov.cy/
Jika ragu-ragu, jangan deposit. Duit anda adalah amanah. Trade hanya dengan broker yang sah dan berlesen.
Disyorkan:
Nak selamat? Gunakan broker yang berlesen seperti XM:
Klik sini untuk daftar XM secara rasmi
ps: XM kini sudah 15 tahun dalam pasaran global, stabil, teguh dan menyakinkan!
ADMIN
12/06/25