BAGUS ATAU TAK MENJADI PART TIME TRADER? | BERIKUT JAWAPANNYA
Trading tak semestinya perlu dibuat full time. Market tidak bergerak trending setiap hari malah bukan setiap hari juga adalah waktu terbaik untuk trade dan profit.
Mungkin ada dikalangan pembaca yang mempunyai komitmen pekerjaan harian dan pernah terlepas peluang terbaik dalam forex tetapi malangnya pada waktu itu sedang bekerja. Anda pun mula berfikir ”alangkah bagusnya saya menjadi fulltime trader, taklah terlepas peluang seperti itu…”
Jika anda berfikir seperti demikan, anda sebenarnya selangkah dari kerugian konsisten. Ini kerana fakta menunjukkan bahawa 95% trader baru kehilangan semua wang mereka dalam masa tiga bulan pertama berdagang. Paling teruk, kebanyakan pedagang ini adalah fulltime intraday trader.
Oleh itu full time di hadapan chart untuk berdagang bukanlah semestinya idea yang bijak. Jadi, anda perlu berdagang secara sambilan(part time).
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Mengapa berdagang secara sambilan boleh membantu walaupun selepas kehilangan pergerakan harga
Sentimen jangka panjang adalah penting. Walaupun anda terlepas news-news penting semasa yang membawa kepada pergerakan besar pasaran, tidak bermakna anda tetap terlepas peluang selamanya. Ini kerana apabila anda melihat sesuatu trend itu berdasarkan jangka panjang, anda akan tetap mendapat peluangnya asalkan anda sabar menunggu.
Kemahiran membuat analisa jangka panjang di timeframe besar adalah kelebihan penting yang perlu ada bagi pedagang sambilan. Anda akan membiarkan market bergerak sehinggalah mendapat peluang entry darinya.
Secara tidak langsung berdagang secara sambilan boleh membantu membina disiplin yang anda perlukan dalam proses menjadi pedagang sebenar.
Jangan cuba perdagangan intraday sambilan
Berdagang forex intraday sambilan bersama-sama pekerjaan harian anda secara amnya bukanlah idea yang baik. Anda tidak akan dapat memberi tumpuan secukupnya pada kedua-duanya, dan kemungkinan besar anda akan mengabaikan kerja harian anda dan/atau dagangan anda. Jika anda menggabungkan ini dengan menggunakan leverage yang tinggi maka ia adalah umpama bom jangka yang menanti masa meletup dan menamatkan riwayat akaun anda serta-merta(MC).
BACA : TRADER PART TIME LEBIH UNTUNG?
Jangan cuba walau sekali. Ia bakal menjejaskan tumpuan anda dan menjejaskan produktiviti anda. Untung kita di Malaysia kerana kita masih boleh berdagang sebelah malam dan pada malam tersebut pula market sangat aktif.
Acara penting masih boleh didagangkan(walaupun sudah terlepas..)
Data dari berita utama(news) masih boleh didagangkan walaupun anda terlepas peluang. Sebagai contoh, katakan bahawa terdapat penyata kadar faedah bank pusat yang keluar, anda boleh berehat makan tengah hari kemudian. Jika terdapat kejutan besar dalam siaran berita seperti itu, anda masih boleh memasuki pasaran berberapa jam selepas pengeluaran data tersebut. Boleh jadi pergerakan berlawanan arah berbanding data berita asal -Market jatuh walaupun data hijau.
Market ini akan bergerak trending, kemudian ia akan membuat diskaun iaitu retracement. Waktu inilah anda akan memasuki pasaran walaupun terlepas pada mulanya.
Apapun, ia hanya terhad pada data-data berita yang punyai impak tinggi sahaja, dan ia akan mempunyai kesan jangka panjang dalam pasaran. Berita yang mempunyai impak rendah biasanya tidak berikan kesan atau hanya bagi kesan sementara sahaja. Kalau yang ini terlepas pun tidak apa kan?..
Pertimbangkan perdagangan jangka panjang
Jika anda mempunyai pekerjaan seharian, maka perdagangan jangka panjang adalah lebih baik. Anda tidak mahu berada dalam situasi di mana anda bimbang tentang pergerakan 100-200 pips dalam sehari atau selepas membuka entry anda.
Sebaliknya, jika anda masih juga mahu berdagang sambil melakukan kerja seharian, adalah ideal untuk mencari cara berdagang yang mempunyai rangka masa mingguan dan bulanan -secara tepatnya, swing trading. Anda boleh terus melakukan penyelidikan/analisis anda pada hujung minggu dan pada masa lapang anda, tetapi anda tidak perlu terlalu banyak melibatkan diri dengan terminal MT4 broker anda.
Berdaganglah secara pintar. Jana pendapatan sampingan walaupun anda tetap dengan pekerjaan harian anda.
Mengapa perdagangan intraday forex mungkin bukan seperti yang anda fikirkan?
Berdagang forex sepenuh masa adalah mencabar dan sangat memenatkan. Ramai pedagang FX jangka panjang akan agak gembira untuk berdagang jangka panjang supaya mereka boleh berehat dari skrin mereka. Ia boleh menjadi sangat meletihkan untuk memantau kedudukan entry anda hampir sepanjang masa sampai tak cukup tidur, tak cukup makan dan rehat tetapi akhirnya jika bukan hanya menjana berberapa dollar, anda kehilangan semua keuntungan(bahkan modal anda sekali). Kenapa? Kerana over trading dan tamak serta emosi.
Walaupun anda melihat ada trader yang kononnya membuat income secara harian, tapi jujurnya, adakah benar dia betul-betul menghasilkan income harian pada satu akaun dan konsisten setiap hari, bulan dan tahun? Syabas jika dapat dibuktikan. Tetapi saya yakin dan percaya, ia adalah mustahil dan pasti boleh jadi saja ada agenda lain.. Ye la, mungkin nak jual kelas atau jual ebook rahsia forex agaknya.
Jadi, begitulah; beberapa kelebihan dan keburukan berdagang forex sambilan dan bagaimana sesetengah pedagang memanfaatkannya.
Merasakan artikel ini bermanfaat? Silakan share bersama rakan anda agar lebih ramai mendapat faedah.
ADMIN
15/02/22
credit : hycm lab