BOLEHKAH BUAT INCOME SETIAP HARI MELALUI FOREX TRADING? INI PENDAPAT JUJUR DARI TRADER BERPENGALAMAN LEBIH 10 TAHUN
Buat untung setiap hari sebenarnya jika straight to the point, berdasarkan pengalaman saya yang sudah lebih 10 tahun ini, saya berani katakan ia adalah mustahil. Namun tidak dinafikan, sebenarnya ia masih boleh sebab tahap skill setiap orang adalah berbeza-beza. Berikut saya akan huraikan berberapa kaedah yang mungkin membolehkan anda membuat untung setiap hari.
Pasaran 24jam sehari, 5 hari seminggu
Pasaran 24jam sehari ini membolehkan sesiapa sahaja menjana wang dalam masa 5 hari seminggu. Jika anda trade matawang crypto seperti bitcoin dan lain-lain, ia didagangkan selama 7 hari seminggu. Oleh itu, kenapa tidak mungkin menjana wang setiap hari kan?
Jika mempunyai ciri-ciri berikut, anda mungkin antara si trader bertuah yang akan membuat untung setiap hari.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Cara termudah buat profit setiap hari secara pasif dan menguntungkan sebenarnya adalah dengan menyertai rakan niaga XM. Dengan cara ini anda hanya perlu bina rangkaian dan nikmati hasil komisyen setiap hari tanpa susah-susah. 😀
Klik banner di bawah untuk jadi rakaniaga hari ini!
PAIR DAN TIMEFRAME
Perkara paling penting sekali adalah pair yang anda mahu trade dan timeframe yang anda mahir melihat potensi entry. Untuk mendapatkan profit harian yang banyak, bermakna anda perlu trade lebih banyak samada pair yang banyak or entry lebih banyak. Akan tetapi tidak dinafikan, naik turun sesuatu pair itu agak berisiko tinggi oleh itu bilangan pair perlu dihadkan, dan anda hanya perlu ubah timeframe anda kepada lebih rendah agar mendapat lebih banyak signal. Timeframe M15 sebagai contohnya, setiap 15 minit akan ada potensi entry.
Pair paling popular adalah XAUUSD atas dua faktor;
- Range besar dalam sehari.
- Sesuai untuk scalping di timeframe kecil seperti M1 dan M5(mendapat kekerapan signal lebih tinggi.)
Ada juga trader yang gemar memilih pair seperti GBPxxx kerana waktu aktif pada sebelah petang dan malam membolehkan menjana profit setiap hari. Ada juga yang gemar memilih pair seperti EURUSD, USDJPY dan AUDUSD kerana ia aktif pada sesi asia sebelah pagi waktu Malaysia, petang dan juga malam. Maka potensi profit itu berlaku hampir sepanjang hari.
Apakah pair pilihan anda?
TEKNIK SCALPING
Faktor kedua untuk membuat untung setiap hari, anda perlu scalping profit kecil-kecil dari pasaran. Anda tak mungkin akan menjana ratusan pips untuk sekali trade dalam setiap hari kerana pergerakan pips harian tidaklah besar kecuali dalam keadaan tertentu sahaja. Oleh itu anda perlu scalping trade dalam kuantiti pips kecil barulah mendapat profit setiap hari. Jika anda trade swing, trade itu mungkin akan mengena TP anda esok atau lusa tapi agak jarang jika anda TP antara 100 ke 200 pips dan ia akan mengena setiap hari.
Banyak teknik-teknik scalping sudah saya kongsikan dalam blog ini. Rajin-rajinlah buat carian anda. Isikan maklumat carian anda melalui search box di bawah ini untuk dapatkan info teknik scalping!
*masukkan kata kunci dalam kotak di atas.
ENTRY LAYER
Satu trade dan untung 100 pips itu adalah mustahil namun untuk menjana puluhan dan ratusan pips sehari, anda perlukan entry layer yang banyak untuk satu sesi trade. Sebagai contoh 1 trade dengan 10 pips TP, maka anda buka 10 entry, anda tetap menjana 100 pips. Paling penting ia dalam range kecil sahaja kerana pergerakan sesuatu pair itu mungkin sahaja antara 40 ke 60 pips. Ini belum termasuk kos spread lagi(kecuali anda trade gunakan akaun zero spread –klik sini), oleh itu anda perlukan TP kecil dan kuantiti entry yang banyak untuk jana pips yang banyak.
Dengan adanya smartphone, anda boleh trade layer hampir di mana-mana saja yang ada akses internet. Namun ada satu masalah, nak close satu-satu sangat susah jika menggunakan MT4. Oleh itu anda sebenarnya perlukan MT5!
Tips trading layer guna smartphone
Entry banyak-banyak ni satu je masalah dia, iaitu bila nak close. Jadi jika anda mahu cara paling efektif untuk close semua profit, saya sarankan membuka akaun MT5 di 1Bid. Terdapat function untuk close all profit atau close all trade yang membolehkan anda menutup posisi anda dengan cepat dan efektif. Klik banner di bawah untuk mendaftar akaun MT5 anda hari ini.
MODAL MESTI SECUKUP RASA
Anda takkan menjana wang sekalipun pips anda banyak. Itu fakta. Anda boleh membuat akaun 5 ke 10 dollar sahaja dan entrylah berpuluh-puluh entry sekalipun namun jika 1 entry anda adalah 0.01 cent, anda tetap tidak menjana wang. Oleh itu mempunyai modal secukupnya pasti membantu anda menjana wang selain menjana pips yang banyak. Untuk modal ini pula pastikan ukur baju di badan anda sendiri. Janganlah sampai berhutang untuk berdagang, kerana ia pasti menjadi binasa suatu hari nanti.
Tips modal secukupnya
Nak berlatih modal besar tapi nak cara selamat? Jangan risau. Boleh berlatih di akaun Cent HFM. Sila klik banner di bawah untuk mendaftar.
BELI DI AKAR, JUAL DI PUCUK
Disebabkan blog ini adalah dalam bahasa Melayu dengan majoriti pembaca dari negara Malaysia, maka istilah ini saya perlu gunakan untuk membantu pemahaman pembaca tentang buy low sell high namun dalam bahasa yang agak ‘pasar.’ Beli di akar jual di pucuk -maksudnya anda beli pada harga terendah dan menjual mestilah pada harga tertinggi. Jika anda mahu buat profit setiap hari, anda perlu kuasai pergerakan price dan tahu bila masa sesuai untuk menjual ketika harga sudah cukup mahal dan membeli ketika harga sudah cukup murah.
Ini penting kerana jika anda tidak menguasai cara ini, anda bukan sahaja tidak menjana wang setiap hari bahkan anda mungkin kerugian wang setiap hari.
Tips cari harga mahal dan murah
Harga tinggi yang terlalu mahal atau terlalu rendah dan murah banyak dikaitkan dengan pasaran yang suah overbought dan oversold. Apabila ia mencapai sesuatu SNR lepas, ia akan membuat reversal.
MENTAL TIDAK MUDAH RABAK, KOYAK
Anda mahu profit setiap hari wajib ada mental kuat dan lasak. Kalau anda jenis yang tak tahan floating sikit atau berdepan kerugian berderet, mental anda jenis yang mudah koyak rabak, anda tidak akan menjana wang setiap hari kerana risiko trading setiap hari ini adalah risiko floating dan salah entry. Jika salah, wajib cutloss, move on dan masuk pada trade berikutnya.
Namun jangan paksa market ini untuk gerak ikut kemahuan anda, jika anda memang tidak boleh profit, henti dahulu dan masuk pada sesi lainnya.
Tips mental tak mudah koyak
Antara sebab trader itu selalu jiwa kacau atau mental rabak tak lain sebab letak modal tak sanggup rugi. Oleh itu letakkanlah modal yang anda tahu jika anda buat silap maka ia akan ‘burn.’ Dengan cara ini anda sudah persiapkan mental anda dan sudah bersedia untuk berdepan segala kemungkinan.
TAHU BILA BERHENTI
Anda tetap perlu berhenti bukan sahaja bila market tak dalam plan anda, tapi juga bila sudah profit. Ini penting kerana jika anda overtrade, boleh jadi saja untung harian anda akan terlepas semula ke pasaran itu.
Ia umpama anda memancing dan perahu anda sudah penuh dengan ikan, namun anda tamak dan masih mahu menangkap semua ikan-ikan yang ada. Alamatnya, perahu anda karam dan semua ikan telah terlepas semula.
AKHIR KATA
Menjana profit harian ini pada saya adalah mustahil kerana ia bukanlah kepakaran saya. Namun saya tak menafikan potensinya kerana pasaran ini adalah luas dan anda boleh berdagang dalam pelbagai aset seperti saham, komoditi, ETF, crypto dan lain-lain. Kepelbagaian aset ini membolehkan anda menjana profit setiap hari.
Akan tetapi perlu diingat, pasaran ini adalah sangat berisiko tinggi dan hanya trader yang berkemahiran tinggi sahaja akan selamat dan akan menjana wang setiap hari.
Jika anda takut dipukul ombak, janganlah berumah di tepi pantai. Jika anda mahu menjana profit, pasti ada caranya. Pastikan ilmu di dada sudah cukup, pengalaman sudah mantap dan selebihnya, mencubalah di dunia sebenar.
Jika anda nak pendidikan percuma bolehlah join kelas forex anjuran XM di bawah. Sila klik banner dahulu.
Okeylah. Sampai di sini dahulu. Apa pandangan anda mengenai artikel ini? Kongsikan padangan anda melalui email atau komen di bawah.
ADMIN
17/06/24