WELCOME BONUS TANPA DEPOSIT – KELEBIHAN ATAU SEBALIKNYA?
‘WELCOME BONUS’ TANPA DEPOSIT – BAIK ATAU TIDAK BAIK UNTUK KITA?
Broker pertama mempromosikan bonus tanpa deposit
Broker yang mula-mula mempopularkan promosi bonus tanpa deposit adalah Marketiva(kini dikenali sebagai Agea pada sekitar tahun 2009 suatu masa dahulu dengan menawarkan USD5 percuma. Ia mendapat sambutan yang hangat di kalangan trader yang pada waktu itu sedang meningkat naik di negara kita iaitu Malaysia.
Broker ini tidak menggunakan platform metatrader 4 seperti kebanyakkan broker lain kerana menggunakan platform webtrader sendiri.
[Menarik untuk anda] Bagaimana admin withdraw duit percuma hasil bonus tanpa modal PU Prime! Baca sini.
Sejak dari itu semakin banyak broker yang menawarkan bonus tanpa deposit sebagai sebahagian dari strategi pemasaran untuk menggalakan trader mencuba produk dan perkhidmatan mereka.
Antara broker-broker lain yang popular di negara kita yang menawarkan bonus-bonus seperti ini adalah FBS, XM, dan InstaForex dan banyak lagi. Broker-broker ini menawarkan bonus dari 5$ hinggalah 100$. Terkini, Instaforex menawarkan bonus 1,500$ tanpa deposit!
Dengan duit bonus free ni, anda boleh gunakan untuk trade currency, cfd trading, dan juga komoditi seperti emas, perak dan oil.
Tanpa deposit? Sudah tentulah maksudnya anda bebas risiko kerugian.
Secara personalnya saya mengatakan ia suatu langkah yang baik untuk kita sebagai trader untuk mencuba produk yang ditawarkan broker kerana perkara yang seringkali menjadi topik utama dikalangan trader adalah kelajuan execution untuk trade, adakah broker ini mempunyai masalah connection server, atau adakah apa-apa isu requotes. Itu baru berkaitan trading, jika sudah profit pula, apakah kaedah withdrawal yang ditawarkan dan berapa lamakah tempohnya? -melalui bonus tanpa deposit ini kita boleh mengetahui semua itu.
Paling penting, kita tidak perlu depositkan wang sebenar kita dan secara tidak langsung kita tidak kerugian apa-apa.
Perkara yang anda wajib tahu sebelum mengambil bonus tanpa deposit
Perkara wajib dan paling utama untuk anda tekankan sebelum mengambil peluang ini adalah membaca dan memahami terma syarat yang ditetapkan oleh broker. Wang percuma biasanya ‘tidaklah percuma.’ Why? kerana ia sentiasa terikat sesuatu yang dipanggil terma syarat.
Terma syarat ini biasanya ditetapkan sebagai syarat untuk withdrawal sahaja. Agak jarang broker tetapkan pula syarat-syarat untuk trade duit bonus tersebut. Kecuali broker tersebut adalah broker yang regulated dari NFA atau untuk mudahnya, broker dari Amerika. Broker-broker ini tidak boleh hedging. Oleh itu syarat menggunakan bonus mestilah tidak boleh membuka posisi hedging ketika trade.
Terma syarat bonus?
Ada banyak terma syarat yang ditetapkan oleh broker. Antaranya;
- Verify akaun terlebih dahulu
- Capai trade minimum lot sebagai syarat withdraw
- Tidak boleh claim bonus dari dua akaun berlainan
- Jangan gunakan bonus untuk tujuan penipuan
- Hasil untung mestilah mencapai target tertentu
- Hasil untuk menjadi modal dalam bentuk credit
- ..dan banyak lagi.
Contoh terma syarat bonus tanpa deposit;
Dengan memahami terma syarat, maka selamatlah anda dari komplen di kemudian hari apabila anda melakukan sesuatu yang melanggar peraturan broker dan anda tahu kepada bonus dan profit anda dibatalkan. Jadi taklah jadi isu bila nak disebar di laman sosial tetapi akhirnya mendapat tahu ia salah anda sendiri. hehehe…
Kelebihan bonus ini kepada anda
Anda sudah baca terma syarat dan anda hendak meneruskan rancangan anda untuk dapatkan bonus ini, berikut kelebihan anda patut ambil-kira;
- Modal percuma
- Anda boleh mencuba broker baru tanpa risiko kerugian
- Anda mahir marketing affiliate? anda boleh kembangkan network anda melalui promosi bonus tersebut
- Newbie yang ingin mencuba live market menggunakan modal sebenar boleh manfaatkannya
- Merasakan broker ini tidak bagus? tinggalkan sahaja
Modal percuma
Anda seorang scalper yang berkemahiran tinggi menjana profit? ini peluang anda menjana wang tanpa modal. Ya sudah tentu sekali tanpa modal kerana bukan anda yang sediakan modal
Boleh cuba broker baru tanpa risiko
Jika anda ingin menguji sesuatu broker itu bagus atau tidak, inilah masanya kerana anda tidak meletakkan modal, jadi anda boleh sahaja ambil peluang ini untuk ‘test drive’ perkhidmatan broker tersebut. Ye lah, trade demo tak sama dengan trade live. Betul tak?
Kelebihan bagi yang mahir affiliate
Anda boleh gunakan peluang ini untuk membina rangkaian anda. Caranya adalah dengan promosikan kepada rakan-rakan anda untuk menyertai broker yang anda sertai ini. Pasti ramai yang berminat dengan duit percuma malah risiko pun tak ada, jadi boleh try je tanpa takut.
Newbie boleh cuba uji tahap mereka pada live market
Trading demo semua perfect. Malah ada newbie yang trade demo menjana wang puluh-puluh ribu USD.. Tapi bila check balik, rupanya letak modal 10k, 50k, 100k… konfom tak sama dengan live trading sebab bila live trading letak modal 100usd.. 50usd.. 10usd pun ada. Lepas tu takut-takut nak trade sebab tak konfiden. Kalau nak letak besar pula takut kalau-kalau loss besar nanti. Jadi apakata cuba gunakan duit bonus tanpa deposit ni atleast dapat juga feel macamna rasanya trade modal sebenar. Jika modal tersebut cuma $5 sekalipun, atleast anda tak takut nak trade sebab takkan rugi sesen pun.
Broker tak bagus, tinggalkan jer..
Ni part paling penting. Adakalanya selepas kita dah deposit wang kemudian melakukan trade, tiba-tiba broker tu banyak masalah. Masalah tu tak lainnya seperti senarai di bawah ni;
- Requote
- No connection
- Lagging, lambat update
- Close trade terlalu lambat
- Spread terlalu besar
Kalau broker yang anda cuba ini mempunyai masalah di atas dan menyusahkan anda trade, anda boleh sahaja tinggalkan broker tersebut. Contact kat bahagian support department, minta tutup akaun anda. Jadi tiada lagi masalah untuk dirisaukan.
Kesimpulan
Bonus tanpa deposit boleh menjadi kelebihan dan kekurangan kepada anda. Selain dari perkara-perkara yang saya nyatakan di atas, anda boleh juga untuk membuat research anda sendiri seperti lesen broker tersebut, review trader-trader lain, support dan paling penting bagaimana proses withdrawal broker tersebut.
Semenjak broker-broker baru ni muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, maka persaingan untuk menjadi ‘best foreign exchange broker’ atau ‘best platform for forex trading,’ maka tawaran bonus tanpa deposit ini akan sentiasa ada walaupun ada kesan negatif disebaliknya(terma syarat terlalu mustahil nak dicapai). Jadi berbalik je la kepada plan lain iaitu cuma nak test drive servis broker.. Ok atau tak ok.. simple. Tak payah pening-pening nak achieve target untuk withdraw kalau memang tak mampu. hehehe…
Apa-apapun paling penting fahamkan dahulu terma syarat broker sebelum anda trade kecuali anda cuma nak menguji perkhidmatan broker tersebut. Yang ni tak kisah loss, asalkan tahu broker ni okey, selebihnya bolehlah mula depo dan start trade.
Jadi tunggu apa lagi? Mulakan mencari broker modal percuma anda sekarang!
ADMIN
20/01/18