
Breakout atau Reversal: Apa Bezanya Dan Yang Mana Anda Perlu Pilih?
Sebagai trader, semestinya anda pernah melalui situasi yang membuat jantung anda berdegup laju. Contohnya, harga tiba-tiba tembus paras penting, dan dalam kepala cuma ada satu soalan: “Breakout ke ni… atau dia nak pusing balik?”.
Jika salah baca, entry boleh tersangkut, tetapi kalau timing ini betul, itulah peluang terbaik untuk ‘ride’ pergerakan besar. Breakout dan reversal bukan sekadar teori — ia boleh tentukan sama ada kita berada di pihak yang untung… atau terperangkap dalam arah yang salah.
Tapi, bagaimanakah caranya untuk membezakan antara “breakout” atau “reversal”?
Pelajari dalam artikel ini:
- Apakah Beza Breakout dan Reversal?
- Bagaimana Cara Elak Fakeout & Reversal Palsu?
- Cara Berdagang dengan Selamat?
Apakah Beza Breakout dan Reversal?
Bezanya mungkin nampak kecil, namun kesannya dapat mempengaruhi strategi dagangan anda.
- Breakout
Breakout berlaku apabila harga menembusi paras support atau resistance yang penting, biasanya selepas fasa pergerakan mendatar. Ia seperti pasaran yang sedang ‘menyimpan tenaga’, dan apabila tenaga itu dilepaskan, harga mula membentuk trend baharu.
Ciri-Ciri Breakout:
- Berlaku selepas fasa pengumpulan atau pergerakan mendatar.
- Melepasi paras teknikal yang jelas.
- Selalunya disertai dengan peningkatan volum atau momentum.
- Menandakan permulaan trend baharu.
Contoh:
Jika pasangan mata wang EUR/USD berlegar antara 1.0800 dan 1.1000, dan akhirnya menembusi 1.1000 dengan momentum yang kukuh — ini boleh menjadi isyarat breakout ke arah atas.
Apa Itu Reversal?
Reversal pula merujuk kepada perubahan arah pergerakan harga selepas sesuatu trend yang berpanjangan.
Ciri-Ciri Reversal:
- Berlaku selepas trend menaik atau menurun yang ketara.
- Muncul tanda-tanda kelemahan trend.
- Disokong oleh corak candlestick seperti doji atau engulfing, serta petunjuk teknikal seperti RSI atau MACD.
- Menandakan perubahan daripada satu trend kepada trend yang bertentangan.
Contoh:
Jika USD/JPY menunjukkan trend menaik tetapi mula membentuk lower high dan memecahkan sokongan, ia mungkin petanda reversal menurun.
Bagaimana Cara Elak Fakeout & Reversal Palsu?
Kedua-dua strategi ini mempunyai cabaran tersendiri. Ramai trader tersilap langkah ketika merancang strategi mereka.
Tips untuk elak kesilapan:
- Tunggu pengesahan: Jangan terburu-buru masuk pada candle pertama yang tembus. Tunggu penutupan atau retest.
- Gunakan volum dan indikator momentum: Breakout yang kukuh biasanya disertai volum yang tinggi. Reversal pula boleh dikenal pasti melalui divergence pada RSI atau MACD.
- Gunakan platform yang lengkap: Platform dagangan yang baik menyediakan alat teknikal, carta masa nyata dan analisis pasaran terkini.
Bagaimana Berdagang dengan Selamat?
Apa pun strategi anda, kuncinya terletak pada platform yang anda guna. Salah satu broker yang terkenal dalam kalangan pedagang adalah XM. Namun, persoalannya, mengapa mereka memilih XM?
- Pelaksanaan yang sangat pantas tanpa requote
- Pelbagai indikator tersedia secara PERCUMA
- Bonus dagangan sehingga $500 atas deposit yang anda lakukan
- Tuntut Bonus Dagangan $50 bagi pendaftaran kali pertama anda
Breakout atau Reversal — Yang Mana Pilihan Anda?
Dunia dagangan bukan tentang teka-teki. Ia tentang strategi, kesabaran dan keputusan yang disokong oleh analisis yang tepat.
Jika anda masih baru dalam dunia dagangan dan ingin menyesuaikan diri, jom tuntut Bonus Dagangan $50 PERCUMA daripada XM! Setiap keuntungan yang dijana dapat dikeluarkan sepenuhnya!
Jadi, anda tunggu apa lagi?
Hanya 3 minit untuk daftar!
Lebih Banyak Ilmu Dagangan? Baca artikel di bawah!
- Panduan untuk Pemula Dalam Dagangan Forex
- Kepentingan SnR dalam Dagangan
- Asas Candlestick dalam Dagang yang Anda Perlu Tahu!
#XM #XMMalaysia #Breakout #Reversal #TradingEducation