Dragon Fly Doji
Dragonfly doji terbentuk apabila nilai harga terbuka, harga tinggi, dan harga tutup pasaran adalah sama, sementara harga rendah membentuk ekor panjang di bawah.
Bentuk candlestick adalah dalam bentuk huruf “T” dengan ekor bawah yang panjang tanpa ekor di atas. Dragonfly doji menunjukkan bahawa pedagang penjualan mendominasi pada awal sesi perdagangan dan menurunkan harga sepanjang sesi.
Namun, pada akhir sesi perdagangan pembeli mula bergerak dan mendorong nilai harga kembali ke tahap pembukaan dan sesi tertinggi. Ekor bawah panjang menunjukkan bahawa terdapat keinginan membeli yang kuat.
Sekiranya dalam downtrend yang telah berlangsung agak lama kemudian terbentuknya candle dragon fly doji dipenghujungnya, maka ia adalah signal kepada pembalikan arah ataupun reversal.
Sebaliknya jika dalam satu uptrend yang agak lama kemudian terbentuknya gravestone doji, maka ia adalah signal kepada pembalikan arah(reversal) dari uptrend kepada downtrend.
foto : warrior trading
sumber : belajarcandlestick.blogspot
-admin-