EMAS BAGI PROFIT MUDAH KEPADA TRADER, INI JAWAPANNYA KENAPA…
Assalamualaikum dan Salam sejahtera para readers dan traders!
Trade emas agak profitable tahun ini bermula sejak april lepas. Ia sangat mudah untuk profit sehinggakan saya boleh kongsikannya lebih awal kepada ramai trader melalui group whatsapp, telegram, instagram dan juga facebook.
Berapa ramai yang memanfaatkannya? Saya pun tak pasti. hahaha.. 🙂
Berberapa point di bawah menjadi sandaran utama saya;
- Monthly timeframe
- Candle Weekly
- Breakout point
Monthly timeframe
Berdasarkan monthly timeframe, ia sudah kelihatan tanda-tanda bakal berlakunya bullish trend. Perhatikan gambar di bawah;
Nampak tak pergerakan price semakin menaik dan membentuk divergence seolah-olah ia bakal breakout menaik.
3 tahun tak tembus so bila ia mendekat semula resistance 3 tahun itu, ia memberi hint ia bakal breakout.
Candle weekly
Candle weekly akan bagi confirmation untuk minggu tersebut. Adakah buyers sudah kembali dalam market? Pada minggu sebelum minggu lepas YA. Ia dikatakan sudah kembali apabila candle weekly closed sebagai bullish.
So apa lagi nak dibuat minggu berikutnya? Buy-lah jawabnya!
Breakout point
Breakout point akan menjadi hint utama momentum atau kekuatan trend yang akan menjadi panduan mengenal-pasti adakah bull/buyers sudah berada dalam pasaran atau belum.
1350.50 menjadi breakout point dan panduan utama petanda bull/buyers sudah berada dalam pasaran untuk menekannya naik lebih tinggi. Ini dapat dibuktikan apabila akhirnya tahun ini ia break setelah 3 tahun gagal menembusinya. Breakout point ini berfungsi sebagai resistance, kini bertindak sebagai support, bermakna di masa akan datang jika price datang kembali ke price ini, kemungkinan besar ia akan mula naik semula kerana sinilah titik permulaan uptrend tahun ini.
Video live trade
Admin sempat rekodkan live trade sebelum price hit TP, Jom layan video di bawah:
Sekian terima kasih.
Salam maju-jaya dari admin!
ADMIN
11/08/19