
Belajar Entry Paling Menguntungkan: Jual di Pucuk, Beli di akar
Dalam dunia trading, setiap trader mengimpikan untuk mendapatkan entry yang paling tepat—iaitu entry yang mampu memberikan keuntungan maksimum dengan risiko yang minimum. Berdasarkan pengalaman saya, entry yang paling menguntungkan adalah:
- Sell ketika harga betul-betul berada di puncak, dan
- Buy ketika harga betul-betul berada di dasar.
Namun, entry seperti ini bukan datang setiap hari. Ia memerlukan kesabaran, pemahaman teknikal yang tajam, dan yang paling penting, disiplin untuk menunggu saat yang benar-benar tepat.
Bunyinya macam sangat mudah bukan? Tapi lihat entry terkini saya pada minggu lepas;

Entry sell high pada USDJPY. Nak tengok lagi? tengok kat bawah.

AUDUSD buy harga terendah. Nak contoh lagi? Ok takde hal.

USDCAD sell high. Best tak entry macam ni? Kalau anda trader yang sudah lama tak konsisten, inilah kenikmatan entry yang anda perlukan. Masih nak contoh lagi? Ok tengok lagi kat bawah.

Entry layer buy NZDUSD. Saya tak galakkan entry macam ni tapi jika ada peluang boleh je buat. Yang penting risk kena jaga lah.

EURUSD buy low. Ini adalah low minggu lepas. Saya masuk kat sini. Anda masuk kat mana minggu lepas? Mungkin lebih low dari saya. Tahniah jika ya. Okey last photo kat bawah;

Buy low GBPUSD minggu lepas.. Kesemua entry ni(kecuali AUDUSD) adalah entry setup yang saya kongsikan dalam group VIP pullback. Berikut screenshot dari group:

Kat gambar ni sebelum price gerak untuk NU, GU dan EU.. so sapa-sapa pembaca yang sudah join group lama ‘tidur’ tak jenguk-jenguk signal group boleh masuk sekarang dan check signal analisis minggu lepas.
Cukup pasal ni, jom saya terangkan kenapa entry macamni sangat profitable!
Kenapa Entry di Puncak dan Dasar Sangat Power?
Entry di puncak atau dasar membawa kelebihan berikut:
- Risk yang sangat kecil — kerana entry berada hampir di hujung pergerakan harga, stoploss boleh diletakkan dengan ketat di luar kawasan ekstrem.
- Reward yang sangat besar — kerana anda berada di awal perjalanan trend, potensi pergerakan sangat jauh.
- Risk-Reward Ratio (RRR) tinggi — contoh: risiko 20 pips, reward 200 pips = RRR 1:10.
Cara Mengesan Puncak dan Dasar Harga
Untuk mendapatkan entry sebegini, trader tidak boleh hanya bergantung pada timeframe kecil. Sebaliknya, timeframe besar seperti D1 dan W1 adalah kunci utama.
Langkah-langkahnya:
- Analisis Timeframe Besar
- Lihat pergerakan harga mingguan dan harian.
- Tandakan harga-harga tertinggi dan terendah dalam sejarah baru-baru ini.
- Zon-zon ini sering menjadi tempat di mana harga membuat reversal besar.
- Tunggu Harga Sampai ke Zon
- Apabila harga kembali ke zon tinggi atau rendah tersebut, perhatikan reaksi.
- Adakah harga mula lemah? Adakah terdapat candle rejection, pattern double top/bottom, divergence, dsb?
- Sahkan di Timeframe Kecil
- Gunakan M15 atau H1 untuk mencari entry yang lebih kemas.
- Cari isyarat seperti persilangan EMA, chart pattern, atau struktur pecahan trend.
- Letak stoploss kecil dan pastikan ia berada di luar kawasan noise.
Gabungan Timeframe Besar dan Kecil: Strategi Hybrid
Ini adalah strategi paling ideal:
Timeframe Besar (D1/W1):
Digunakan untuk kenal pasti arah pasaran, struktur trend utama, dan zon-zon penting.
Timeframe Kecil (M15/H1):
Digunakan untuk entry lebih tepat dengan stoploss kecil dan risiko lebih terhad.
Contoh:
- Harga berada di zon resistance mingguan, tanda awal reversal muncul
- Di M15, EMA bersilang ataupun signal candlestick terbentuk
- Entry sell dibuat dengan stoploss 15-20 pips, tetapi target boleh capai 200-300 pips berdasarkan struktur trend D1
Risiko dan Ganjaran: Keseimbangan yang Perlu Dijaga
Kita tidak boleh nafikan bahawa semakin besar timeframe, semakin besar juga risikonya. Tapi dengan entry menggunakan timeframe kecil, kita boleh kurangkan risiko sambil mengekalkan potensi untung berdasarkan pergerakan besar.
Inilah kekuatan sebenar strategi entry yang tepat di puncak dan dasar:
–> Risiko kecil, untung besar.
Akhir kata
“Trader yang hebat bukan yang paling banyak masuk market, tapi yang paling sabar tunggu peluang paling berkualiti.”
Entry paling menguntungkan memang tidak muncul setiap hari. Tapi bila ia muncul, hasilnya cukup untuk menampung minggu atau bulan anda. Seperti buaya di tebing sungai, trader yang sabar akan menyerang hanya bila peluang datang tepat pada masanya.
Jika anda mahukan konsistensi dalam trading, belajarlah untuk menunggu entry A+ sahaja — entry yang muncul di puncak dan dasar, berdasarkan zon-zon kuat dalam timeframe besar, disokong dengan confirmation di timeframe kecil.
Nak dapatkan entry saya? Bolehlah free download ebook di bawah ni:

ADMIN
02/06/25