FOKUS UTAMA DALAM BULAN MARCH
Untuk bulan March 2021, berberapa pair dalam fokus utama kerana berdasarkan potensi entry, trend dan key level. Analisis adalah berdasarkan Monthly, Weekly dan Daily. Perubahan awal(andaikata trend berubah dan plan sudah invalid) boleh dijejak melalui Daily dan Weekly. Di sini anda mungkin perlukan sedikit skill untuk melihat perubahan trend. 🙂
Entry pula akan dibuat pada H1 ataupun H4 dan setup/update boleh didapati dalam group live trade CSPRO dan juga PULLBACK PREMIUM dan juga group telegram.
Berdasarkan pergerakan dua bulan dalam awal tahun ini, berberapa major pair dilihat membuat pergerakan trending. Selepas febuari selesai, kelihatan ada potensi correction untuk trending tersebut.
Saya akan kongsikan kaedah analisis berdasarkan method ‘top-down’ analysis di mana analisa teknikal akan dibuat bermula dari monthly, merujuk kepada price action bulan lepas, kemudian diikuti weekly dan daily iaitu minggu lepas dan hari-hari lepas.
Pergerakan lepas ini akan menjadi clue kepada pergerakan hadapan asalkan anda tahu kaedah untuk menganalisisnya. Ia akan memudahkan anda membuat perancangan entry/exit serta memahami pasaran secara keseluruhannya dari sudut teknikal.
Berikut pair yang menarik untuk bulan march ini.
Kenapa anda harus memilih kami? :
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
- Partnership programs
- Leverage up to 888:1
- Spread serendah 0.6
Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!
GBPUSD
GBPUSD bergerak trending naik dari tahun lepas dan sampai ke kemuncaknya pada febuari tahun ini. Jika dilihat pada Monthly chart, GBPUSD sudah pun capai ke historical high 2018 dan 2019 lepas.
Monthly chart
Jika diamati betul-betul, pattern pergerakan juga seakan sama walaupun pada tahun 2018 tiada pandemik seperti COVID-19 yang berlaku tahun lepas(2020). Jika ia mengulang sejarahnya, maka GBPUSD juga wajib break major trendline terdekat(gambar).
Mungkinkah sejarah akan berulang lagi seperti yang berlaku pada penghujung 2018 dan awal tahun 2019 di mana kenaikan berlaku akan tetapi bearish sentiment menguasai pasaran selepas kenaikan tersebut. Trend kemudiannya bergerakan menurun hinggalah pertengahan tahun 2019 di mana ia melakukan kenaikan dan sehinggalah dunia dilanda pandemik akhirnya berlaku kejatuhan mendadak berlaku pada awal tahun 2020.
Sehinggalah apabila memasuki bulan April, trend menaik berlaku hinggalah ke Febuari bulan lepas tahun ini uptrend tersebut akhirnya berhenti.
Weekly Chart
Pada Weekly chart kelihatan bearish rejection terbentuk dan closed pula di bawah number psikologi 1.4000. Harga kemuncak adalah pada 1.4188 dan juga 1.4200 sebelum berakhir dengan rejection.
Berdasarkan pattern terakhir minggu lepas, ia memberikan hint bahawa minggu berikutnya akan menjadi bearish lagi. 1.3655 adalah area major RBS(resistance become support) terdekat dan juga dalam masa yang sama adalah major uptrendline(UTL).
Jika break major UTL ini, 1.3478 adalah area major RBS terdekat. Secara rule SNR-nya, ia ada kemungkinan ke situ jika trend structure weekly cuba melengkapkan rule SNR-nya.
Daily Chart
Berdasarkan Daily chart, area nombor genap 1.4000 dan 1.4100 adalah area resistance yang berkemungkinan tinggi menjadi area selling high jika berlaku retest dan reject di situ.
Baca : pelajari apa itu entry retest dan reject
Area 1.3900, 1.3831 dan 1.3738 adalah area sesuai untuk exit entry sell. Ikuti perkembangan analisis ini untuk entry mahupun perubahan arahnya di group whatsapp dan telegram.
EURUSD
EURUSD sudah pun breakout major downtrendline(DTL) yang sudah terbentuk sejak 2008. Ini petanda baik untuk bullish sentiment dan long term uptrend. Akan tetapi pair ini wajib terlebih dahulu break major SBR yang ada di monthly chart.
Monthly chart
Berdasarkan Monthly(zoom-out) di atas, EURUSD sudah break major DTL, jadi untuk uptrend, kita akan melihat price mestilah berada di atas 1.2558.
Berdasarkan zoom-in di atas, kita boleh lihat EURUSD kini di atas RBS 1.1961 dan juga UTL Weekly. Walaupun candle closed bearish, namun berdasarkan faktor rule SNR, ia sebenarnya masih uptrend.
Akan tetapi walaupun ia nampak di atas UTL, ia akan sedikit berbeza jika kita lihat di Weekly dan Daily.
Weekly Chart
Candle Weekly nampak break dan pullback di bawah major UTL. Inilah perbezaan yang dimaksudkan, iaitu kedudukan candle akan berbeza sedikit dengan Monthly.
Candle terakhir minggu lepas adalah bearish pin bar, oleh itu plan minggu berikutnya adalah sell berdasarkan pattern ini.
Area number psikologi 1.2000 dan number genap 1.1900 menjadi key snr penting untuk take profit selling dan juga kenaikan berikutnya andaikata rejection berlaku di atas area ini.
Daily chart
Area support 1.2054 menjadi support penting untuk selling, iaitu samada anda perlu sell hanya jika price break bawah area ini untuk confirm-kan sell ataupun elakkan sell, sebab jika gagal break, ia ada potensi naik semula.
Berdasarkan minor UTL di Daily, nampak ada kemungkinan pair ini turun dengan 1.2000 dan 1.1900 sebagai profit target.
Untuk long term plan berdasarkan Monthly chart, plan adalah buy dan wajib rejected di atas 1.2000.
AUDUSD
Pair ini antara yang paling cantik perfomance uptrend sejak tahun lepas. Tahun ini mencecah 0.8000 sebelum ia jatuh semula.
Kejatuhan pair ini melepas paras support yang sepatutnya menyokong untuk ia naik semula. Oleh itu ia lebih kepada sentiment bearish yang kuat buat masa ini.
Monthly chart
Candle bulan febuari adalah pin bar namun closed body bullish. Disebabkan shadow yang lebih panjang dan closing body di bawah 0.7730, oleh itu bias pair ini adalah sell kecuali ia mampu naik semula di atas 0.7730 dan 0.7800.
Pair ini mencapai harga kemuncak 0.8000 yang juga adalah historical high pada tahun 2017 dan 2018.
Weekly chart
Berdasarkan candle terakhir minggu lepas memberikan hint selling untuk minggu berikutnya kerana closing candle yang lebih rendah berbanding candle minggu sebelumnya. Key support yang menyokong uptrend adalah di 0.7764, 0.7800 dan juga 0.7730 sudah ditembusi, petanda seller lebih dominan dalam pasaran.
Daily chart
Candle jumaat lepas ditutup sangat rendah berbanding key SNR sebelumnya, secara tidak langsung membentuk pattern seakan head and shoulder iaitu pattern petanda kepada reversal trend dari uptrend kepada selling jika confirmed.
Untuk waktu terdekat ini, area sell high adalah di area pembentukan shoulder kanan pattern ini iaitu di 0.7798/0.7800 dan juga 0.7764.
0.7600 sebagai area Take Profit terdekat dan jika break, maka 0.7409 adalah target berikutnya.
Pair menarik yang lain…
Selain tiga major pair di atas, pair lain seperti GBPAUD, USDCAD, EURAUD juga antara yang menjadi fokus dan akan dibincangkan dalam group analisis premium dan freemium pullback!
Pastikan anda mengikuti analisa yang disediakan dan bertanyakan jika perlu untuk meningkatkan kefahaman anda.
Sekian dulu buat masa ini.
ADMIN
28/02/21