GABUNGAN SMA DAN FIBO RETRACEMENT | TEKNIK TREND FOLLOWING PALING MUDAH
Dalam artikel ini saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara sebenarnya untuk menggunakan fibonacci retracement dalam market trending. Umumnya kita tahu sambungan fibonacci ini samada dari bawah ke atas dan juga atas ke bawah. Tapi bila market trending, masih juga bingung macamana nak sambungkan fibonacci retracement.
Ambil popcorn anda, santai dan layankan artikel ini sampai habis.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Untuk pembelajaran ini, anda perlu sekurang-kurangnya tahu atau sebaiknya kuasai 3 elemen di bawah;
- Support Resistance
- Candlestick
- Moving Average indicator
Peranan setiap elemen di atas
Support Resistance – Untuk menyambungkan fibonacci, entry dan juga exit.
Candlestick – Untuk menjadi confirmation entry selain memahami keadaan market breakout ataupun rejection.
Moving average indicator – Untuk membaca dan mentafsirkan trend semasa. Trend terbahagi kepada 2 iaitu;
- Trending
- Sideways/Range bound
Bagi anda yang baru di sini, saya sarankan buat carian anda dalam blog ini melalui search box untuk mendapatkan maklumat mengenai 3 elemen di atas. Maklumat tersebut tersedia percuma untuk anda. Rajin-rajinlah mencarinya.
Sebelum kita memulakan topik ini, bagi anda yang tercari-cari broker yang sesuai untuk anda berlatih, anda bolehlah menggunakan broker yang sama saya gunakan. Anda boleh ke pautan ini untuk membuka akaun demo atau menggunakan modal percuma 30 dollar untuk berlatih di live account. Profit dari trading anda boleh anda withdraw masuk ke bank anda!
SETTING INDICATOR
Untuk indikator, anda perlu gunakan 3 jenis indikator moving average. Apa yang anda perlu setting adalah warna, period dan method sahaja. Yang lain jangan ubah.
Sila ubah setting dalam kotak merah yang ditanda di bawah;
3 MA tersebut adalah;
- SMA 30
- SMA 50
- SMA 100
*S bermaksud Simple. SMA = Simple Moving Average
Untuk warna, terpulang kepada anda. Tekan OK untuk selesai.
Andaikata anda tidak tahu di mana lokasi indikator ini, bolehlah cari di bahagian insert. Lihat gambar di bawah. Ulang proses memasukan indi ini sebanyak 3x untuk 3 jenis MA berbeza.
Sekarang chart anda mestilah mempunyai 3 jenis indi SMA berbeza.
Seterusnya kita pergi kepada timeframe.
TIMEFRAME
Untuk timeframe anda boleh gunakan H4, H1 dan M30. Jika anda mahir di M15 juga dibolehkan. Yang penting market mestilah trending.
Timeframe terbaik
Untuk daytrading anda boleh gunakan H1 dan juga M30. Anda boleh trade pada pair seperti GBP, EUR dan USD.
Waktu terbaik adalah bermula jam 3pm(Malaysia) hingga jam 12 tengah malam.
TIPS : Apabila anda sudah memilih 1 timeframe, elakkan dari menukar-nukar timeframe lain hanya untuk mendapatkan entry. Ini penting kerana kesilapan umum trader banyak berlaku di sini.
MENGGUNAKAN SMA UNTUK KENAL-PASTI TREND
Mengenalpasti trend menggunakan indi SMA ini adalah mudah. Tetapi ingat, jika tidak cukup syarat, sebaiknya elakkan trade. Jika anda ‘paksa’ juga untuk trade, anda akan hadapi masalah.
Syarat-syarat trend
Syaratnya cukup mudah;
- Uptrend – candlestick di atas kesemua SMA
- Downtrend – candlestick di bawah kesemua SMA
Tips 1 : Jika anda memilih untuk trade di M30, maka pastikan hanya trade signal yang anda di timeframe ini. Jangan tukar ke timeframe lain atau mungkin anda akan keliru.
Tips 2 : Tutup pair yang anda trade jika market sideways atau, TP sudah mengena
Market uptrend:
Market downtrend:
Pastikan apabila anda trade sesuatu pair dengan kaedah 3 SMA ini pastikan pair tersebut mesti berada tepat di bawah ataupun di atas SMA. Elakkan jika ia berada di antara SMA.
TEKNIK ENTRY
Untuk membuat entry, syarat berikut mesti dipenuhi;
- Market trending dengan kedudukan jelas candle di atas atau bawah SMA
- Kenalpasti SNR terdekat
- Sambungkan fibonacci retacement
- Tunggu price buat retracement ke fibo
- Entry jika candlestick rejection terbentuk
Untuk exit, anda boleh gunakan fibonacci expansion atau extension. Sila ke halaman ini untuk membacanya >> https://pullbackforextrading.com/?s=expansion
CONTOH SETUP
Untuk uptrend, entry adalah buy. Oleh itu biarkan price naik dahulu menjauhi SMA kemudian apabila ia berpatah-balik, maka anda perlu sambungkan fibo.
TIPS : Untuk uptrend sambungkan fibo dari support terdekat kepada resistance terdekat.
Contoh untuk downtrend iaitu entry sell.
TIPS : Untuk uptrend sambungkan fibo dari resistance terdekat kepada support terdekat.
Dalam sesuatu trending market, adakalanya anda boleh dapat lebih banyak setup entry. Yang penting ikuti sahaja syaratnya.
Rumusan
Berberapa rumusan yang dapat diambil dari topik kali ini;
- Penggunaan SMA dapat membantu mengenalpasti trend
- Apabila candle menjauh dari SMA kemudian ia berpatah-balik, fibonacci retracement akan dilukis
- Level retracement fibo dapat dijadikan panduan untuk membuat entry
- Dengan menggunakan candlestick confirmation, trader boleh menjadikan ia panduan untuk entry
- Menggunakan lebih dari satu SMA juga boleh membantu trader mengenalpasti adakah perlu trade atau elakkan
Sekian untuk artikel kali ini. Jumpa lagi di artikel yang akan datang. Jangan lupa print atau kongsikan artikel ini agar manfaatnya dapat dinikmati lebih ramai trader di luar sana.
Yang ikhlas,
ADMIN
04/04/22