GBPJPY JATUH LEBIH 170 PIPS MINGGU LEPAS SEPERTI DIJANGKA
GBPJPY JATUH LEBIH 170 PIPS MINGGU LEPAS DARI 150.57 KE 148.89
Minggu lepas saya melihat pair ini telah membuat kejatuhan sebanyak dua kali pada harga tertinggi minggu sebelumnya. Ini menunjukkan minat traders terhadap pair ini pada penghujung Q1(suku pertama tahun ini) adalah sell.
Saya membuka entry sell pada 150.076 dan exit trade pada low terdekat minggu lepas di 149.156 dengan total profit +92 pips!
saya sempat membuka posisi buy pada kawasan support tersebut dan kini sudahpun breakeven untuk menghapuskan sebarang risiko.
Petunjuk Sell
Berdasarkan teknik yang saya kongsikan di sini, saya menjadikan candle minggu sebelumnya sebagai petunjuk sell untuk minggu lepas dan selagi candle minggu lepas tidak closing melepasi minggu sebelumnya(shadow tertinggi) maka sell adalah sah.
Sebagai hasilnya, pair ini membuat penurunan setelah mencuba untuk break high minggu sebelumnya. Ia sudah pastinya suatu perangkap buyers yang ‘terbaik’ bagi yang tidak mempunyai asas kukuh dalam analisa teknikal.
ANALISA TERDAHULU : https://pullbackforextrading.com/gbpjpy-sell-minggu-ini/
Point utama di sini adalah, menggunakan candle pattern terdahulu sebagai clue pergerakan berikutnya. Ia mungkin tidaklah sehingga ribuan pips sekali gerak tetapi tetap berhasil dalam puluhan dan lebih dari 100 pips dalam satu-satu pergerakan.
Cara trade ini juga berlaku pada pair lain dan sebagai contohnya, EURUSD.
Signal untuk sell adalah berdasarkan minggu terdahulu. Maka minggu berikutnya fokus kepada entry sell sahaja.
Saya membuat sell besar-besaran berdasarkan candle signal sebelumnya. Mudah bukan? Yes, sudah tentu mudah jika anda tahu caranya.
Bagaimana pula jika price membuat reversal?
Ini adalah perkara yang sering menghantui trader. Perasaan takut akan salah dan sering mahukan ketepatan tinggi. Pada saya itulah peranannya money dan risk management dalam trading. Saya tidak akan katakan gunakanlah risk 2%.. 5%.. bla bla bla bla…. tapi sebaliknya saya hanya nasihatkan gunakanlah modal yang sanggup kerugian dan buatlah withdrawal apabila akaun sudah mencecah 100%.
Ini kerana kita tidak tahu bilakah kita akan silap dan trade sudah berubah tetapi apa yang kita boleh buat adalah, dapatkan untung sebanyak mungkin dan ambillah keuntungan apabila ia ada. Selepas itu terpulang untuk trade untuk lebih tinggi pulangan atau tidak. Yang penting risk kita hapuskan dulu, modal dan untung ambil awal-awal. Ibarat, sediakan payung sebelum basah.. 🙂
Akaun di bawah ini margin call dengan kerugian yang agak besar tetapi sebelum kerugian itu berlaku, untung dan modal sudah ambil balik. So, biarkan saja lah kerugian itu.
Akhir kata…
Candle analisis boleh digunakan untuk menganalisa arah pasaran dan seterusnya entry akan dibuat di lower timeframe.
Jangan takut untuk trade anda loss kerana jadilah trader bijak, buat withdrawal sebelum kerugian besar berlaku. Ia tidak boleh dielakkan kecuali dikawal sahaja.
Okeylah, sampai di sini dahulu. Semoga perkongsian ini boleh membantu anda dalam trading anda. Bagi yang ingin menyertai group signal whatsapp dan membership untuk akses lebih banyak topik pembelajaran dan video live trade, bolehlah join membership dengan diskaun khas sempena ramadhan yang bakal tiba.
JOIN MEMBERSHIP
Sekian,