GOLD MENERUSKAN PENURUNAN SELEPAS BREAK 1900
Pada bulan lepas gold akhirnya tembusi paras 1900.00 setelah 3 bulan bounce di atasnya. Berdasarkan TF monthly jelaslah bahawa ia dalam bearish trend dan dijangka akan terus downtrend lagi.
Tahniah seller-seller bulan lepas yang mengikuti signal sell yang diberikan dalam group. Pada waktu itu harga belum lagi menembusi paras 1900.00 ini dan kini ia sudah jatuh lebih 800 pips.
Bagi anda yang belum mengikuti group telegram, bolehlah klik button di bawah. Dalam group juga diberikan promosi dan education dari broker XM. Ia adalah 100% percuma untuk pembaca blog pullback!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Analisa ini adalah berdasarkan TOP-DOWN di mana saya akan membuat analisa bermula dari monthly dahulu kemudian ia beralih hingga ke H4. Jika anda mahu *belajar kaedah ini bolehlah ke halaman ini.
*Anda boleh belajar percuma dan juga yang berbayar.
XAUUSD MONTHLY
Kita mulakan analisis berdasarkan TF Monthly dahulu. 3 hari berlalu selepas cs monthly lengkap untuk bulan lepas. Opening candle bearish dan terus trending ke bawah(downtrend).
Kini ia sudah menghampiri 1800.00. Nampaknya ia tak ambil masa lama untuk ke area ini dan saya percaya dalam minggu ini ia akan menyentuh paras harga ini.
Andaikata ia tak menyentuh 1800.00, ada kemungkinan ia akan naik semula ke 1900.00 pada awal bulan ini. Memandangkan secara keseluruhannya bulan lepas ditutup sebagai bearish, oleh itu bulan ini seharusnya kita fokus sell sahaja dan mana-mana area SBR atau resistance adalah keutamaan untuk plan selling ini.
Berdasarkan TF Monthly, 1900.00 adalah major resistance penting untuk pair xauusd ini.
XAUUSD WEEKLY
Berdasarkan cs weekly, untuk minggu ini kita dapat lihat new low sedang terbentuk. Berdasarkan data lepas pula 1809.02 adalah support terdekat di atas 1800.00.
Untuk resistance pula, 1885.00 adalah SBR terdekat sebelum 1900.00.
Area-area SNR ini adalah penting sebagai potensi entry andaikata retest berlaku dan gagal ditembusi nanti.
Jika retest support 1809.00 dan gagal tembus, ia bermaksud sebarang selling perlulah dicut-loss kerana ia tak mungkin ke 1800.00. Jika ia naik dan retest tapi rejected di 1885.00 tanpa menyentuh 1900.00 ini bermakna entry sell boleh dibuat di area ini tanpa menunggu price ke 1900.00.
XAUUSD D1
Berdasarkan D1, pair xauusd(gold) nampak jatuh menjunam tajam ke bawah selepas break 1900.00. Ini adalah kondisi oversold untuk pair ini dan menanti masa untuk ia reverse naik.
Major support utama adalah 1800.00 dan jgua 1809.00.
Buat masa ini bias adalah sell. Untuk potensi entry intraday, Weekly low adalah SBR terdekat untuk sell. area 1809 dan 1800 adalah key support penting untuk TP atau exit sell jika entry dibuat.
Jika minggu ini berlaku kenaikan atau jika di masa akan datang dalam bulan ini ada kenaikan, maka 1885 dan 1900 adalah paras yang anda perlu bagi perhatian.
Last timeframe, H4.
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, weekly low 1846.00 kini menjadi SBR. Oleh itu ini adalah area penting untuk selling minggu ini.
Dalam gambar di atas terdapat satu indikator iaitu EMA21. Saya gunakannya untuk panduan entry jika ia retest dan reject di situ. Pada waktu ini ia overlap dengan weekly low yang juga adalah SBR area. Oleh itu ia adalah area confluence yang penting untuk tujuan selling.
KEPENTINGAN ANALISIS GOLD
XAUUSD atau GOLD ini sangat penting bagi saya sebagai leading indicator di mana jika ia bearish atau bullish, maka ia adalah petunjuk utama untuk saya trade major pair lain.
Pair seperti GBP, AUD, NZD dan EUR secara umumnya akan mengikuti arah berdasarkan gold ini. Jika ia bearish maka plan saya untuk pair major juga adalah sell dan apa yang saya akan lakukan adalah tunggu peluang entry apabila kesemua major dan gold ini dalam searah dalam bulan ini.
Pair berlawan arah, iaitu USDJPY pula saya akan buy jika gold masih beasih. Jika gold bullish maka saya akan sell USDJPY.
Simple bukan?
ADMIN
03/10/23