ANALISA GOLD MINGGU TERAKHIR BULAN SEPTEMBER 2023
Lagi berbaki 5 hari lagi bulan September akan melabuhkan tirainya. Secara keseluruhannya bulan ini tiada pergerakan trending pair ini dan harga masih stuck di atas 1900.00 level.
Trend masih sideways membawa dua maksud iaitu;
- Bakal berlakunya breakout di masa akan datang
- Kekal sideways sebab peserta dalam pasaran masih play safe.
Berdasarkan cs terakhir minggu minggu lepas dan cs daily hari ini ada kemungkinan berlaku retest semula ke 1900.00. Level price ini menjadi key level penting kerana ia adalah angka genap psikologi yang menjadi panduan untuk exit dan juga TP bagi buyer dan seller.
XAUUSD D1
Berdasarkan TF D1 hari ini kelihatan breakout sedang berlaku pada UTL. Secara tidak langsung price semakin menghampiri ke 1900.00.
Plan sell sudah terlebih dahulu saya post di group telegram;
Bagi anda yang mahu menyertai bolehlah klik button di bawah ini;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Kembali ke analisis.
XAUUSD H4
Berdasarkan H4 semasa, clean breakout sedang proses pada ketika artikel ini ditulis. Sebelum ini retest juga pernah berlaku namun candle atau price pada waktu itu tidak menyentuh 1900.00 ini. Mungkinkah kali ini ia akan menyentuhnya. Pada awal bulan ini saya ada menyatakan bahawa ada kemungkinan trend adalah bearish berdasarkan cs bulan lepas.
Anda boleh ke halaman ini untuk artikel tersebut.
Jika candle mampu break dan kekal di bawah 1900.00, maka bulan hadapan ada potensi untuk bearish trend pada XAUUSD ini.
Kita lihat pada TF monthly.
XAUUSD MONTHLY
Jika cs bulan ini mampu closing lebih rendah dari 3 cs sebelumnya, maka itulah sebabnya saya katakan bulan hadapan kita dalam bearish trend.
Akan tetapi kita tidak boleh overconfiden untuk selling terus pada bulan ini hanya kerana ia menghampiri 1900.00 ini. Masih ada possibility ia naik semula dan cs bulan ini umpama retest sahaja. Oleh itu adalah penting untuk tunggu dahulu sehingga ia lengkap barulah membuat kesimpulan.
Trading jangka panjang amatlah penting kerana kita bercadang untuk berada dalam pasaran ini lebih lama dan bukannya ada pada bulan ini dan tiada pada bulan hadapan. Oleh itu penting nya untuk mempunyai plan jangka panjang dan realistik. Oleh itu anda akan mempunyai kesabaran untuk menunggunya.
Plan untuk minggu ini
Plan minggu ini adalah sell dan sudah dikongsikan lebih awal dalam group telegram.
Altenatif:
Plan altenatif adalah buy di mana saya jangka ia akan naik jika rejected di 1900.00. Market ini adakalanya sukar diramal oleh pentingnya untuk jangan terlalu yakin walaupun anda betul 100%.
Saya akan update lagi di masa hadapan, oleh itu stay tune!
ADMIN
26/09/23