GOLD NAK UJI 2000?
Setelah retest area dan reject berlaku di 1955.24 seperti yang sudah jelaskan di artikel sebelum ini, nampaknya reversal berlaku apabila candle reject pin bar terbentuk.
Nampaknya nak uji weekly high dan area 2000.00.
Artikel sebelum ini >> https://pullbackforextrading.com/update-xauusd-setakat-ini/
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Penting, jika break Weekly high, maka ada kemungkinan tinggi ia akan ke 2000.00 yang bertindak sebagai psikologi number.
Candle reject terbentuk di atas marking area 38.2/1955.24 menandakan ia tidak akan turun ke bawah lagi.
Apa plan seterusnya
Esok adalah waktu data ekonomi NFP akan dikeluarkan, oleh itu sebaiknya tunggu sahaja price naik ke 2000.00 kemudian lihat apa perlu dibuat seterusnya.
Anda boleh juga trade selepas news menggunakan strategi news trading yang saya kongsikan di sini >> https://pullbackforextrading.com/tak-faham-nak-baca-news-buatlah-perkara-ini-teknik-trade-news-termudah/
Plan untuk keseluruhan bulan ini pada saya adalah sell. Saya akan jelaskan di bawah.
XAUUSD MONTHLY
Reason utama saya untuk swing selling adalah sebab di Monthly chart terbentuknya triple top dengan candle terakhir adalah candle bearish pin bar.
Candle bullish pada awal bulan ini pada saya adalah sedikit correction/retracement untuk selling berikutnya.
Dengan melihat overall picture ini, kita dapat buat dua pilihan untuk losing trade(jika ada);
- Hold swing jika margin cukup.
- Cutloss dan tunggu peluang yang betul-betul solid dan memberikan potensi profit besar untuk cover loss dan buat untung.
TIPS MENCARI ENTRY
Saya kongsikan berberapa tips penting mencari entry swing.
- Jika anda mencari di D1 – cari candle rejection pin bar atau combo setup.
- Jika anda mencari di H4 – Pastikan candle weekly membentuk pattern dahulu. Entry bolehlah cari di H4 berdasarkan teknik fibo dan candle.
- Cari setup supply demand
Order block supply dikesan pada timeframe D1.
Bagi anda yang mahu mengetahui apa itu order block bolehlah ke halaman ini https://pullbackforextrading.com/order-block-trading-strategy/
Untuk trade sell di order block ini maka anda perlu tunggu ia naik dahulu melebihi paras 2000.00 dan cari sell apabila ia sudah tiba di area marking.
Akan tetapi plan sell awal mungkin akan trigger di bawah order block ini iaitu di 2000.00 jika ia benar-benar rejected di sini.
Akhir kata
Terima kasih meluangkan sedikit masa berharga anda untuk membaca content-content dalam website ini. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat dan meluaskan rezeki anda, insyaAllah!
Sebarang update saya akan kongsikan di telegram pullback. Oleh itu pastikan anda sudah subscribe untuk dapatkan update terkini secara terus ke smartphone anda.
ADMIN
02/06/23
FOTO: tradingview, google images
2 Replies to “GOLD NAK UJI 2000?”
Comments are closed.