GOLD SUDAH MULAKAN DOWNTREND?
Gold nampaknya jatuh dan breaking support untuk buying minggu ini. Mungkinkah disebabkan sudah masuk fasa penghujung bulan, oleh itu ada kemugkinan besar trend yang sepatutnya ia pergi itu sudah mulai menyempurnakan tujuannya(self fulfilling prophecy)
Itulah sebabnya kenapa dalam artikel sebelum ini saya menyatakan bahawa gold ini masih downtrend cuma masalahnya ia belum retest lagi 2000.00 dan juga key resistance penting di SBR 1971.04 area.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Candle terakhir minggu lepas secara keseluruhannya pula membentuk inside bar combo, menandakan ada possible ia naik retest.
[PERHATIAN] Bagi anda yang berminat untuk pelajari kaedah yang saya gunakan ini, bolehlah ke halaman ini untuk daftar dan download percuma.
XAUUSD D1
Candle selasa(TF D1) closed bearish dan ditutup lower berbanding candle-candle hari sebelumnya.
Saya andaikan candle doji di bawah 1971.04 yang terbentuk jumaat lepas adalah hint ia tidak mampu untuk naik lagi. Semalam(selasa), ia sudah jatuh semula dan ditutup lower di bawah key support dan demand area 1918.90. Hari ni nampak seakan ia pullback ke bawah berdasarkan H4.
XAUUSD H4
Berlaku retest dan bounce berberapa candle di bawah key resistance 1938.90 sebelum ia jatuh semula. Ini adalah petanda jelas bahawa ia sudah mulai turun.
Next expectation saya adalah ia akan membuat new weekly low.
Entry plan
Adalah suatu tuah jika ia naik semula membuat retest reject di area 1938.90 ini. Namun jika tidak, entry sell boleh dicari jika price membuat new weekly low di bawah 1925.07.
Plan utama masih sell, dan plan buy jangka pendek pula dikira invalid buat masa ini kerana tak cukup syarat. Apa-apa pun kena berhati-hati dengan ‘perangkap’ trend, jangan sesekali overconfident untuk trade tanpa kawalan risk kerana market ini cepat berubah, lebih cepat dari kelipan mata anda!
Trend masih belum jelas selagi ia tidak secara nyata membuat new low(kemudian pullback ke bawah) tanpa false break atau kembali semula di atas 1938.90(jika ini berlaku, plan sell adalah invalid pula).
Mengelirukan? Jangan paksa diri untuk entry. Update akan menyusul di group telegram.
ADMIN
21/06/23
Credit: wallpaperflare