Ichimoku Kinko Hyo -menghasilkan signal entry
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua follower dan pembaca blog saya.
Pada entry sebelum ini saya telah menulis mengenai pengenalan asas ichimoku juga tentang bagaimana hendak bertrading bersama indikator ini.
Berikutnya kita akan membincangkan lebih lanjut mengenai signal entry yang dihasilkan oleh indikator ichimoku ini untuk trending market dan sideways market.
Ramai dari kita sememangnya tidak menyukai market sideways berbanding trending. Tapi tahukah anda ichimoku dapat bantu kita mengesan market sideways lebih awal berbanding indikator-indikator yang lain? -kali ini anda akan mengetahui caranya.! 🙂
Bagi yang ingin mengetahui dari awal tentang ichimoku, sila rujuk entry di bawah ini.
Download ebook >>> klik sini
Contoh live trade >>> klik sini
Clear Signal dari ichimoku untuk trending market.
– Syarat utama:
i). chikou span mestilah berada pada kedudukan jelas di atas mahupun di bawah cloud dan berkeadaan selari dengan price.
ii). chikou span TIDAK berada pada price atau cloud.
iii). price mestilah tidak berada terlalu jauh dari cloud.
Contoh clear entry seperti kat bawah:
Rajah 1: kedudukan chikou span dan price yang jelas. Petanda yang baik untuk memasuki market. 🙂
Rajah 2: Sama seperti rajah 1, kedudukan price dan chikou span adalah selari dan tidak sideways.
Sila bagi perhatian mengenai kedudukan price yang telah terlalu jauh dari cloud. Itu adalah petanda price akan reverse semula kepada cloud.
Rajah 3: clear entry untuk sell berdasarkan kedudukan chikou span dan price.
Clear signal bermaksud HIGH PROBABILITY untuk menghasilkan keuntungan yang maksima.
Anda telah melihat contoh-contoh entry yang jelas pada contoh-contoh yang saya telah postkan. Sekarang saya akan postkan pulak contoh-contoh entry yang tidak clear. Ini adalah kerana price bergerak sideways dan risiko kerugian adalah tinggi jika anda memasuki market dan anda seharusnya menjauhi market pada ketika ini.
Rajah 1: Chikou span close pada price, petanda price adalah sideways.
Rajah 2: Chikou span close antara price dan cloud.
Rajah 3: Anda seharusnya away dari market pada waktu ini kerana anda mungkin berada pada
zone trading yang kurang volatility dan risiko kerugian adalah besar.
Rajah 4: Market reverse setelah sideways. Trend lebih jelas setelah reverse.
Bukankah anda telah selamatkan modal anda dari kerugian?
Demikian serba-ringkas mengenai ichimoku tentang clear entry untuk mengambil trading atau juga bagaimana untuk mengetahui bila untuk stay away dari market. Saya akan updatekan lagi post ini dari semasa ke semasa. Sila sharekan pada rakan-rakan anda mengenai entry ini.
semoga bermanfaat.
Terima kasih.
-ADMIN-