
INI ADALAH CARA ENTRY TANPA PERLU CONFIRMATION
Tak dinafikan adakalanya signal candlestick pun tak boleh pakai. Tak tepat dan selalu juga false signal. Breakout pula pandai jadi fakeout. Mula-mula break tapi lepas dah entry tiba-tiba rupanya ia fakeout.
Bila masuk lawan arah pula tiba-tiba signal awal tu menjadi pulak. Last-last kena game dengan market. Frust dan mula rasa nak balas dendam.
Jadi jika entry dengan confirmation pun tak boleh pakai jadi macamna nak entry pula? Terasa seakan hilang harapan di sini. -Jangan risau! Kerana dalam artikel ini saya akan kongsikan bagaimana untuk entry tanpa perlu confirmation.
Sebelum lanjutkan, di bawah sedikit intro kepada teknik/strategy;
Sejarah sentiasa berulang
Dalam trading ni, sejarah sentiasa berulang. Sebab tu akan muncul pattern-pattern yang serupa berulang-ulang kali. Ia berulang dari dulu hingga hari ini hinggalah masa akan datang.
Umumnya yang kita tahu cuma chart pattern, candlestick pattern.. sebenarnya ada banyak lagi.
Dari pattern-pattern ni trader mencipta dan membina strategy masing-masing dengan pelbagai nama dan SOP tersendiri.
Apabila dikatakan sejarah berulang, maka pattern-pattern juga akan berulang. Yang penting fahamkan sahaja stuktur pattern itu maka anda bolehlah entry tanpa confirmation.
Kenapa candlestick pattern dan breakout adakalanya tidak boleh dipercaya?
Seperti indikator, ia juga sebenarnya lagging kerana ia dikekang dengan had masa dan waktu untuk ia siap. Candle H1 contohnya, perlukan 1 jam untuk siap dan confirmed bentuknya. Manakala candle Monthly perlu sebulan untuk siap.
Oleh itu ia lagging dan jika supply dan demand pada waktu itu bertentangan dengan signal candle itu, maka ia akan jadi false dan stoploss anda akan trigger/hit.
Breakout pula selalu dikaitkan dengan fakeout. Ia menjadi bull dan bear trap yang menyakitkan trader yang terpedaya dan tertipu dengan pergerakan itu.
Keadaan bertambah teruk apabila emosi sudah menguasai diri. Maka bersedialah untuk kerugian besar.
Kenapa pattern-pattern ini tak menjadi?
Boleh jadi faktor utamanya adalah manipulator dalam pasaran cuba mengambil kesempatan dari kefahaman dan apa yang orang lain tahu. Pasaran ini juga sebenarnya adalah proses pemindahan wang dari trader rugi kepada trader untung. Boleh jadi kerugian orang lain adalah keuntungan kita dan kerugian kita menjadi keuntungan orang lain. Jika kita belajar hammer itu untuk buy, maka satu-satunya cara untuk mendapatkan keuntungan dari kita adalah dengan sell pada signal buy tersebut.
Big player(bank, institusi kewangan, hedge fund) dalam pasaran mungkin akan manfaatkan situasi itu untuk kelebihan mereka kerana modal mereka lebih besar dari kita.
Manipulasi dalam pasaran oleh pihak bank juga bukan lagi satu rahsia, maka ini juga adalah antara faktor yang menyumbang kepada kerugian. Oleh itu memang sahlah candle pattern,
Entry tanpa confirmation
Sesuatu entry boleh ditentukan atas berberapa faktor. Antaranya;
- Stuktur pattern
- SNR dan repeating history
- Fibonacci level
- Confluence lebih dari satu signal atau gabungan atau pertembungan analisa
- Entry ikut stuktur trend
Memahami sesuatu stuktur pattern sebenarnya sudah cukup membolehkan kita entry tanpa confirmation. Pattern-pattern yang dimaksudkan adalah seperti;
- Double top/bottom
- Triangle
- Wedge
- Head and Shoulder
Untuk entry, nantikan pattern ini muncul, dan entry ketika ia dalam proses terbentuk.
Stoploss
Kita faham bentuknya, maka kita juga faham jika bentuknya gagal. Oleh itu stoploss adalah pada violation pattern ini. Entry awal membolehkan kita entry awal dengan risk kecil, oleh itu pastikan adanya stoploss untu kawalan risk.
Saya akan huraikan dan berikan dua contoh mudah dalam topik ini untuk bantu pemahaman pembaca.
ENTRY BERDASARKAN STUKTUR PATTERN
Fahamkan ciri-ciri pattern dahulu. Setelah itu fahamkan apa ciri-cirinya jika invalid. Jika HNS sudah pastilah jika shoulder kanan break head dalam pattern itu maka ia akan invalid.
Jika double bottom, maka bottom kedua mesti break bottom pertama maka ia akan invalid. Kawasan yang ditembusi ini adalah kawasan SL kerana kita trade ikut pembentukan pattern, maka kita akan exit atau cutloss jika pattern itu sudah invalid.

Lihat contoh:
Pada awal mei tahun ini(2025), pair EURJPY membentuk HNS. Entry tanpa confirmation, iaitu sell di buat ketika candle menyentuh/candle baru di buka di bahagian shoulder kanan.
Entry ini mempunyai stoploss atau risiko sekecil -17 pips sahaja namun reward sebesar +263 pips di kawasan support terdekat.

Jika anda lihat dari sudut candle signal, tiada apa-apa pattern signal yang terbentuk di shoulder kanan kecuali ia membentuk evening star namun closing sangat rendah dari entry shoulder kanan pattern tersebut.
Lihat lagi contoh lain.
Di bawah adalah contoh GBPAUSD pada Januari awal tahun ini, iaitu entry sell berdasarkan pattern triangle. Pattern, jika muncul dipenghujung trend,ia adalah petanda trend itu bakal berakhir.
Oleh itu berbanding tunggu ia breakout, lebih baik sell selagi ia bermain dalam pattern itu.

Setup di atas menunjukan pair GBPAUD yang respect snr pattern, pada kali ke-3 ia menyentuh pattern atas yang dilukis menggunakan trendline, sell dibuat dengan SL minima di atas pattern iaitu sebanyak -28 pips dengan reward di support terdekat iaitu sebanyak +426 pips!
tempat SL diletakkan adalah kawasan violation pattern. Bermaksud jika break, ia akan naik lagi dan pattern ini invalid.
ENTRY IKUT SNR DAN REPEATING HISTORY
Dengan melihat keseluruhan stuktur trend di TF besar, kemudian melihat pula sejarah lamanya, kita boleh gunakan ini untuk entry tanpa confirmation. Hanya berdasarkan sejarah lamanya kemudian kita letakkan SL sesuai stuktur trend itu.

Di atas adalah TFD1 untuk pair USDJPY pada tahun ini dengan perbandingan berdasarkan sejarah tahun lepas. Kita dapat lihat pergerakan tahun ini sedikit sebanyak mengikut sejarah lamanya selagi ia tak break atau violate stuktur itu.
Jika ia pernah naik di sesuatu SNR itu, kemudian dijejak lagi pada waktu ini maka ia akan mengulang sejarahnya. Jika tembus pula, tunggu ia jejak semula ke kawasan itu dan lihat apa sejarah lamanya.
Jika ia menjejak ke resistance dan pernah jatuh, maka ia akan jatuh. Jika ia jejak support yang pernah ia naik pada tahun-tahun lalu, maka ia akan naik semula.
Kaedah ini 100% mengikuti SNR dan rule SNR. Umumnya kita tahu buy support sell resistance, tapi tahukah disebaliknya, ada satu penjelasan yang lebih mendalam kenapa ia berlaku sedemikian.
Lihat USDCAD:

Gambar di atas adalah perbandingan SNR dan sejarahnya dari tahun 2016,2017 dan 2018 kemudian dijejak semula pada 2020 dan 2021. Bukankah sangat mudah untuk makan besar hanya dengan sell ketika ia menjejak harga tertinggi dan terendah tahun-tahun sebelumnya??
Buatlah backtest
Selepas tahu kaedah ini, mulakanlah backtest anda dan kaji data-data lepas. Cuba bina kefahaman anda sebab manalah tahu dalam anda mencari-cari peluang entry, tiba-tiba anda teringat kaedah ini dan kebetulan pair yang anda trade kini dalam fasa pembentukan pattern atau pengulangan sejarahnya, jadi tunggu apa lagi kan?
AKHIR KATA
Terima kasih sudi membaca dari awal hingga akhir. Di harapkan perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada anda khususnya.
Saya amat hargai jika anda sudi kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda agar ilmu ini berkembang dan pahala dapat dinikmati berterusan buat kita semua.
Sekian dahulu dari saya.
ADMIN
05/06/25